.::Penjelasan Keadaan Sebenar::.

Monday, August 31, 2009

Assalammualaikum....

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Illahi atas limpah kurnia dan Inayah-Nya,hampir 2 bulan penubuhan ALUMNI SMABT dan Blog ini,berbagai-bagai pandangan,komentar,teguran,maklum balas dan krtikan membina telah di berikan kepada kami.,setakat ini kami tidak mudah melatah dan berbesar hati menerima pandangan semua.Insyallah,semoga dengan teguran anda itu semua dapatlah kami menambahbaikkan gerak kerja pemerkasaan Agenda ALUMNI seperti mana yang diharapkan semua pihak.

Kami bagi pihak Jawatankuasa Penaja ingin memberi penjelasan kepada semua bahawa Jawatankuasa Penaja yang dilantik ketika ini bukanlah hanya tertumpu pada satu-satu batch sahaja seperti yang di fahami ,bahkan Jawatankuasa Penaja kini terdiri daripada bekas pelajar Batch 2004 hingga 2008.

Atas nasihat ustaz,ustazah dan senior-senior SMABT.Faktor utama Jawatankuasa ini di lantik adalah untuk menjalankan gerak kerja dasar atau awal yang bagi kami semua pihak maklum adalah tugas yang amat sukar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Tugasan menyiapkan Kertas Konsep ALUMNI,Draf Perlembagaan ALUMNI,mengkoreksi kembali pengkalan data bekas-bekas pelajar dari tahun 1956 hingga 2008,komitmen mesyuarat,dana tajaan,bertemu pihak berautoriti dan banyak lagi sememangnya memerlukan gerak kerja yang tersusun dan fokus. Tidaklah kami menafikan kebolehan senior-senior,namun kami mempertimbangkan keadaan senior-senior yang sudah mempunyai kerjaya bahkan berkeluarga sentiasa sibuk dengan tanggung jawab mereka. Sementelaah kami adik-adik kebanyakannya masih belajar,mempunyai masa yang lebih disamping kami ingin menyumbang bakti membantu penubuhan ALUMNI SMABT yang cukup bermakna ini. Cuba kita bayangkan,setelah separuh abad sekolah kita ditubuhkan belum ada ALUMNI lg,ini memberikan kesan kepada kita semua kerana masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain padahal mereka datang dari asal pendidikan yang sama.

Kami selaku Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT,memohon maaf kepada senior-senior semua jikalau tindakan kami ini melampaui batas pemikiran anda semua. Tiada ruang di hati kami ini untuk membelangkangkan sesiapa pun,sekiranya ada,maafkanlah kami, "kami adik-adik baru belajar,kalau salah tolong betulkan ". Insyallah...selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI nanti, kita akan melantik Jawatankuasa Rasmi ALUMNI SMABT. Redhailah dan dokanlah kejayaan Penubuhan ALUMNI SMABT ini untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting kepada umat islam.

Labels:

.::Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-52::.

Sunday, August 30, 2009

Marilah bersama-sama kita menghayati tema Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2009 “ 1 Malaysia Rakyat Didahulukan,Pencapaian Di Utamakan”. Pada kesempatan yang penuh berbahagia ini saya mewakili Jawatan Kuasa Penaja Persatuan Bekas-bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok (ALUMNI SMABT ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 52 kepada seluruh warga Malaysia khususnya bekas-bekas pelajar SMABT sejak 1956 hingga 2009. semoga merdeka kali ini kita dapat mengisinya dengan nilai-nilai Islami dengan berhijrah dan bebas dari lingkungan hawa nafsu keduniaan menuju kepada jalan yang di sediakan oleh Allah Taala.

Sebagai generasi Ad-Din atau Islami,adalah menjadi peranan dan tugasan kita pendukung Agama mendasari nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan masyrakat terutamanya masyarakat Islam.Kitalah yang belajar,mengajar dan sedia di ajar untuk mencapai maksud itu. Justeru, utnuk mengisi makna kemerdekaaan kali ini marilah kita semua bersatu padu membina persaudaraan sesama kita membina satu ukhuwwah untuk memajukan diri sendiri,masyarakat sekolah dan ummah. bertepatan dengan tema kemerdekaan kali ini "Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan" .Mengambil Ibrah dan Istifadah kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W,bagaimana strategi Baginda menyatukan masyarakat berbilang bangsa dan agama dalam sebuah Negara bernama Madinah,tanpa menzalimi tiap satu yang lain.

Semoga warga SMABT semua menghayati makna kemerdekaan ini....

Merdeka.....Merdeka...........Merdeka.......












Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin
Pengerusi Jawatankuasa Penaja
ALUMNI SMABT

Labels:

.::Perutusan Ramadan Al-Mubarak::.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhana wa Ta’ala, kerana mempertemukan kita kembali dengan bulan Ramadan yang mulia ini buat kesekian kalinya. Allah Taala telah mengurniakan kenikmatan yang amat besar kepadaseluruh hambanya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat di gunakan untuk menolak tipu daya syaitan dan mengecewakan angan-angannya serta mematahkan segala usaha busuk mereka. Amalan yang di maksudkan itu ialah Ibadat puasa. Itulah benteng dan itulah perisai bagi sekalian kekasih Allah.Bulan Ramadan adalah bulan yang cukup bermakna dan berkat bagi kita umat Islam untuk memperbanyakkan amalan dan mengutip pahala-pahala yang dijanjikan oleh Allah Taala seperti mana mafhum hadith :

Bulan Ramadan adalah bulan yang Allah telah mewajibkan atasmu berpuasa dan aku mensyariatkan bagimu ibadat pada malam harinya. Maka barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dan Beribadat di malam harinya kerana Iman dan mengharap ridha Allah keluarlah ia dri dosa-dosanya sepertimana seorang bayi yang baru keluar dari perut Ibunya”. (H.R Ibnu Majah,Al Baihaqi)

Daripada hadith diatas,dapatlah kita ambil istifadah bahawa dengan memperbanyakkan Ibadah dan zikir menyebut kebesaran Allah sepanjang bulan Ramadan Ikhlas semata-mata keran Allah Taala,maka akan terampunlah dosa-dosa kita. Maka,marilah sama-sama kita rebut peluang yang jarang-jarang hadir dalam kehidupan kita ini.

Ramadan kali ini,semoga kita dapat meningkatkan tingkatan amalan puasa kita. Imam AL-Ghazali dalam kitabnya Ihya Al-Ulumuddin membahagikan tingkatan puasa kepada 3 bahagian. Iaitu puasa orang umum,puasa orang khusus dan puasa orang khususnya khusus Puasa orang umum ialah puasa dengan cara menahan perut dan kemaluan dari kesyahwatan makan,minum,bersetubuh dan lain-lain. Puasa orang Khusus ialah dengan cara sebagaimana diatas ditambah pula dengan menahan pendengaran,penglihatan,lidah,tangan,kaki dan lain-lain anggota dari perbuatan dosa. Dan Puasa orang Khususnya khusus puasa seluruhnya dengan hati yakin ditahan dari segala perhatian dan pemikiran yang rendah iaitu menahan sesuatu dari selain Allah.puasa ini adalah puasa golongan tertinggi seperti para Nabi,Auliya dan Syuhada.

Sebagai pelajar yang silibus pendidikannya berteraskan agama islam sudah menjadi kewajaran puasa kita lebih bermakna dan berbeza tingkatannya dari puasa orang umum iaitu hanya menahan lapar dan dahaga sahaja seperti maksud hadith :

“berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga”(hadith)

Oleh itu,saya mewakili Saf Kepimpinan Jawatan Kuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok mengucapkan Selamat Berpuasa dan marilah kita sama-sama mepertingkatkan amalan puasa kita ke tahap yang lebih tinggi dan menambahkan amal ibadah yang lain seperti solat malam,bersedekah, berzikir dan sebagainya.Dan marilah kita mencari malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan dengan beriktikaf di masjid-masjid dan surau.

Semoga Ramadan kali ini saya dan anda semua dapat menggarap sebanyak mungkin nilai-nilai pahala yang cukup banyak di berikan oleh Allah Taala.Disamping amalan itu berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan malah selama-lamanya .Insyallah.


Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin

Pengerusi
Jawatan Kuasa Penaja
Persatuan Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok

Labels:

MOHON KERJASAMA

Assalamualaikum...

Perhatian kepada setiap wakil IPTA/IPTS yang telah dilantik pada mesyuarat kali ke-2 iaitu :


USIM : MD HUDHAIRI B HJ ABD KAREEM

ELYAS BIN BAKRI

UIA : MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDDIN

UKM : NORAFANI BT ABD. SAMAD

UDM : ROSMIYATI BT HJ BILLAK

UUM : ADIBAH BTE SAZALI

UTM : RASYIDAH BTE ALIYANTO

UM : ADHA BIN ESA

UNIMAS : UMMU HANISAH

KUIS : NORAFNI BTE ABBAS

MESIR : ZULKEFLI BIN MOHAMAD

MARSAH : FATIMAHWATI MTE MOHD KHAIRI

KUIN : HAFIZ HAMDAN

HAZWATI BTE CHENING

DQ : NUR ZIANAH BT. ABD KAHHAR

MJ : NURUL ASMAA BT HJ KASMON


sila semak email anda kerana terdapat surat-surat penting yang telah dihantar ke email anda untuk diberikan kepada semua bekas pelajar yang berada di IPTA/IPTS anda.

Sila hantarkan senarai nama bekas pelajar yang berada di IPTA/IPTS anda kepada saudara ABDUL KHAFIZ BIN MOHAMED NOROK, email : kipss_smart@yahoo.com dengan segera. Ini adalah untuk memudahkan kerja penghantaran surat maklumam pertubuhan, surat pengesahan, borang keahlian, surat jemputan majlis TAUTAN KASIH AIDILFITRI beserta tentatif kepada bekas pelajar yang bukan merupakan pelajar di IPTA/IPTS anda.


ukhuwwah terbina Islam terpelihara

Labels:

.::Menyelusuri Penubuhan ALUMNI SMABT::.

Friday, August 28, 2009

Alhamdulillah Syukur kepada Allah Taala kerana dengan hikmah diberikan nikmat akal dan kekuatan tubuh badan kepada kita dapatlah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok (ALUMNI SMABT ) ditubuhkan secara rasminya pada 3 Julai 2009. Pada Julai lalu maka genaplah 53 tahun penubuhan SMABT. SMABT seperti mana yang kita ketahui sudah lama bertapak dibumi Tampok dan ia juga dikatakan antara sekolah borientasikan pendidikan akademik dan arab terawal di Negeri Johor.Di samping itu,ia telah melahirkan ramai ilmuan dan golongan profesional sama ada di dalam atau di luar Negara. Hampir keseluruhan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini kini ialah bekas yang pelajar terdiri daripada pelbagai latarbelakang ilmu dan usia. Setelah sekian lama berencana, atas inisiatif saya dan beberapa orang Jawatan Kuasa Penaja yang lain seperti Abd Khafiz bin Mohammed Norok,Sdr Abd Hadi bin Mohd Rusdi, Sdri Afani binti Samad dan Sdri Rosmiyati Binti Haji Billak mengusulkan penubuhan ALUMNI SMABT dan Alhmadulillah,ia mendapat reaksi positif dan diterima. Usaha ini juga tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan dari Tuan Pengetua Ust Sulaiman Bin Abdullah, Majlis Guru-guru SMABT,senior-senior,adik-adik dan seluruh sahabat-sahabat bekas pelajar SMABT dari pelbagai lapangan tahun .

Menurut sumber yang saya peroleh,i usaha untuk menubuhkan ALUMNI ini pernah di buat suatu ketika dahulu oleh Al-Fadil Ust Sakijan,namun atas beberapa faktor yang saya kurang pasti, usaha untuk menjayakan penubuhan ALUMNI ini pada waktu itu terhenti di pertengahan jalan. Walaupun saya tidak kenal rapat dengan Al-Fadil Ustaz, namun saya secara peribadi mengagumi usaha beliau. Kerana saya yakin beliau juga mempunyai misi dan visi yang sama seperti kami iaitu untuk melihat warga Bugisiah saling mengenali dan bersaudara tidak kira dari pelbagai latar umur dan profesion. Semoga Allah dapat mempertemukan kami dengan beliau untuk mendapatkan nasihat dan perkongsian pengalaman bak kata pepatah " orang muda kaya dengan semangatnya tetapi orang tua kaya dengan pengalamannya" semoga dengan penggabungan dua elemen ini dapat memantapkan lagi gerak kerja kita insyallah.

Sepanjang 3 Julai ( tarikh rasmi penubuhan Alumni ) hingga sekarang, seperti yang di putuskan dalam mesyuarat kali Pertama pada 3 Julai di Rumah Sdri Rosmiyati binti Haji Billak, Jawatan Kuasa Penaja yang dilantik hanya menumpukan gerak kerja dalaman bagi memastikan perkara-perkara asas selesai seperti penyebaran maklumat,dana dan gerak kerja secara kolektif dapat dilaksanakan. Alhamdulillah strategi ini menampakkan hasil dengan terbinanya blog alumni http://www.alumnismabt.blogspot.com/ yang mula mendapat perhatian dari bekas-bekas pelajar dari seluruh negara. Saya kira penyebaran maklumat berbentuk teknologi massa ini harus di pertingkat lagi seperti facebook,friendster,yahoo group, twitter, flixter dan banyak lagi disamping memanfaatkan sms, surat dan penyampaian lisan kepada yang lain. di harap dengan adanya medium blog ini, ia dapat di manfaatkan oleh semua tidak kira di dalam atau luar negara, saya juga mengalu-alukan kepada semua sekiranya ada komen atau kritikan membina kepada kami untuk menambahbaikan saluran perhubungan kita ini.

Gerak Kerja ALUMNI ini semakin galak dengan berlangsungnya Mesyuarat ALUMNI kali ke-2 di Masjid Jamek Pekan Tampok pada 22 Ogos 2009. Mesyuarat yang di Pengerusikan oleh saya sendiri ini dapat menghimpunkan semua wakil kumpulan sasar bekas pelajar dari tahun 2004 hingga 2008. mereka yang hadir ialah * Batch 2004 : Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin,Abd Khafiz bin Mohammed Norok,Elyas bin Bakri,Mohd Ali Ajwad bin Kamaruddin Mohd Amin Nurhuda Bin Ithnin,Zulkifli bin Mohammad dan Fizree hafiz bin Ehuan. Batch 2005 : Hudairi,Harun Aminnurasyid bin Poniran dan Afani binti Samad. Batch 2006 : Mohd Fareez bin Zool dan Rosmiyati binti Haji Billak. Batch 2007 : Nur Zianah binti Kahar . Batch 2008 : Siti Asma binti Kasmon.

Bersyukur saya panjatkan ke hadrat illahi kerana mereka telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam mesyuarat ini. kehadiran mereka sudah cukup membuktikan bahawa momentum penubuhan ALUMNI ini sangat-sangat di nantikan oleh bekas-bekas pelajar di luar sana. Semoga mereka ini mendapat rahmat dari Allah atas sumbangan mereka ini. Mesyuarat Kali ke-2 ini, perbincangan tampak lebih fokus menjurus kepada pengembangan penyebaran maklumat penubuhan ALUMNI dan Program Tautan Kasih Di Aidilfitri. saya rasa cukup untuk saya nyatakan Resolusi mesyuarat itu secara ringkas kepada semua :

  • Melantik wakil setiap batch dan universiti untuk mengedar surat jemputan dan kadar yuran pendaftaran ALUMNI.
  • Perubahan Tarikh Program Tautan Kasih Di Adilfitri
  • Melantik Jawatan Kuasa kecil Program Tautan Kasih Di Aidilfitiri
  • Memutuskan cara kendalian dana Alumni dan Program Tautan Kasih
  • Meningkatkan Publisiti dan Promosi Alumni dan Program cth Banner..
  • Mesyuarat Persatuan Bekas-Bekas Pelajar SMABT kali Pertama

Ini merupakan sebahagian dari pada resolusi AJK Penaja mesyuarat kali ke-2 kami yang lalu. maklumat penuh akan menyusul dalam minit mesyuarat yang sedang Di siapkan oleh Sdri Rosmiyati. Dengan berakhirnya mesyuarat itu, maka bermulalah gerak kerja kami secara serius dalam mengalas amanah memastikan segala rancangan berjalan lancar. Saya di beri tanggungjawab untuk memantau dan bersama-sama melaksanakan gerak kerja ini agar ia berjaya. Semoga selepas ini kita semua berkerja dalam keadaan gembira dan ikhlaS hati hendaknya dan 5 prinsip Knowing (Taaruf),Perkongsian (Sharing), Ambil Berat ( Caring), Kasih Sayang (Loving ) dan Memaafi ( Forgiving) yang saya asaskan pada diri saya dan semua Jawatankuasa dapat di amalkan untuk memujudkan budaya kerja yang harmoni dan sukses. Insyallah......:-)



* mereka adalah Ahli Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT. Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bekas Pelajar SMABT akan dilantik pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI kali Pertama.



Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin

Pengerusi

Jawatan Kuasa Penaja Alumni

Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok

Labels:

PEMBERITAHUAN

Wednesday, August 26, 2009

Sepertimana yang sedia maklum, adalah kami jawatankuasa alumni SMABT telah berbincang untuk mengadakan program tautan kasih aidilfitri pada hari raya nanti. Kami telah menukar tarikh dari 24/9/09 kepada 26/9/09 kerana pada tarikh tersebut terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum..

ini adalah surat jemputan kepada semua bekas pelajar SMABT, kami akan menghantar surat jemputan ini kepada semua bekas pelajar SMABT berdasarkan maklumat yang kami perolehi daripada sekolah. Jadi kepada sesiapa yang telah bertukar alamat sila maklumkan dengan segera, Kerjasama daripada anda amat diharapkan. Terima kasih.


ALUMNI
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) BUGISIAH TAMPOK
82200 BENUT PONTIAN
JOHOR

Rujukan :Alumni/SMABT 0709 ( 07 ) Bertarikh : 24 Ogos 2009
Bersamaan : 3 Ramadhan 1430 H

Assalamualaikum w.b.t.
Bekas-bekas Pelajar,
Sek. Men. Agama Bugisiah Tampok.

Tuan / Puan / Encik / Cik,

JEMPUTAN KE MAJLIS TAUTAN KASIH AIDILFITRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT akan mengadakan program SULUNG setelah tertubuhnya persatuan ini iaitu Majlis Tautan Kasih Aidilfitri sebagaimana berikut.

Hari : Sabtu
Tarikh : 26 September 2009
Masa : 8.00 pagi – 2.00 Petang
Tempat: Dewan Makan SMABT

3. Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan ukhwah bekas-bekas pelajar Sek. Men. Agama (A) Bugisiah Tampok disamping melantik Jawatankuasa ALUMNI SMABT secara rasmi melalui mesyuarat agong yang akan dilaksanakan. Bersama-sama ini disertakan tentatif program sebagaimana di lampiran A. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pihak tuan / puan / encik / cik boleh menghubungi :

§ Saudara Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainuddin (013-2229724)
§ Saudara Mohd Ali Ajwad bin Kamarudin (017-7011153)
§ Norafani bt Abd. Samad (019-3640272)
§ Rosmiyati bt Hj Billak (013-7961381)

4. Sehubungan itu, pihak tuan / puan / encik / cik dijemput untuk menghadiri majlis yang julung kalinya diadakan dan mengesahkan kehadiran dengan menghubungi talian seperti mana di atas. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan / encik / cik didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

”UKHUWWAH TERBINA, ISLAM TERPELIHARA”.

Yang menjalankan tugas,

………………………………
( ROSMIYATI BINTI HAJI BILLAK )
Pen. Setiausaha,
Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.




Lampiran A


TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi : Pendaftaran

8.20 Pagi : Ucapan pengerusi majlis

8.30 Pagi : Ucapan Pengerusi PENAJA Alumni SMABT

8.45 Pagi : Ucapan Pengetua SMABT

9.00 Pagi : Mesyuarat agong Alumni SMABT kali pertama.

11.00 Pagi : Kenangan di Aidilfitri

11.15 Pagi : “ Burasak Bugis, Ketupat Jawa”

2.00 Petang : Bersurai

SURAT PENGESAHAN PENUBUHAN ALUMNI SMABT

Tuesday, August 25, 2009


Ini adalah surat pengesahan penubuhan yang telah diberikan oleh pihak sekolah

Labels:

SAAT MANIS DI BUGISIAH

Saturday, August 22, 2009

jawatankuasa penaja alumni dan jawatankuasa progran tautan kasih aidilfitri 09

mesra asrama

ihtifal perbarisan


kembara merdeka

kem PPI 2004


ihtifal sukan 2004

sambutan hari guru 2004

Labels:

SALAM RAMADHAN........

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PEMBACA...

Ada kisah yang ingin dikongsi bersama....

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Di bulan ramadhan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah untuk bekalan di akhirat kelak...

banyakkanlah bersabar di bulan yang penuh barakah ini....


"UKHUWWAH TERBINA ISLAM TERPELIHARA"

Labels:

PEMBERITAHUAN MENGENAI PROGRAM TAUTAN KASIH AIDILFITRI

Wednesday, August 19, 2009

ALUMNI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) BUGISIAH TAMPOK

82200 BENUT PONTIAN

JOHOR


Rujukan : Alumni/SMABT0709 ( 03)

Bertarikh : 19 Ogos 2009

Bersamaan : 28 Syaaban 1430 H

Assalamualaikum w.b.t.

Pengetua

Sekolah Menengah Agama ( Arab) Bugisiah Tampok,

82200 Benut Pontian ,

Johor.

Tuan,

PEMBERITAHUAN MENGENAI PROGRAM TAUTAN KASIH AIDILFITRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah saya Rosmiyati binti Haji Billak selaku Pen. Setiausaha Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT akan mengadakan program Tautan Kasih Aidilfitri seperti mana berikut:

Hari : Khamis

Tarikh : 24 September 2009

Masa : 8.00 pagi – 2.00 Petang

Tempat: Dewan Makan SMABT

3. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. Atas pemberitahuan ini, adalah menjadi harapan besar Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT sekiranya pihak tuan dapat membantu dan memberi kerjasa dalam menjayakan program tersebut. Segala kerjasama dan perhatian daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

UKHUWWAH TERBINA, ISLAM TERPELIHARA”.

Yang menjalankan tugas,

………………………………

( ROSMIYATI BINTI HAJI BILLAK )

Pen. Setiausaha,

Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.

Labels:

MEMOHON MENGESAHKAN PENUBUHAN PERSATUAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SMABT (ALUMNI)

ALUMNI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) BUGISIAH TAMPOK

82200 BENUT PONTIAN

JOHOR


Rujukan : Alumni/SMABT 0709 ( 01 )

Bertarikh : 19 Ogos 2009 M

Bersamaan : 28 Syaaban 1430 H

Assalamualaikum w.b.t.

Pengetua

Sekolah Menengah Agama ( Arab) Bugisiah Tampok,

82200 Benut Pontian ,

Johor.

Tuan,

MEMOHON MENGESAHKAN PENUBUHAN PERSATUAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SMABT (ALUMNI)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah saya Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Penaja ALUMNI yang telah dilantik ingin memohon kepada pihak tuan agar mengesahkan penubuhan sebuah persatuan bekas-bekas pelajar bagi Sek. Men. Agama (Arab) Bugisiah Tampok yang dikenali sebagai Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah atau Alumni SMABT.

3. Penubuhan persatuan ini bertujuan untuk mengumpulkan kembali semua bekas-bekas pelajar di samping menyatukan dan mengikat kembali ukhuwah diantara pelajar dan pihak sekolah. Selain itu, melalui persatuan ini bekas-bekas pelajar dapat memberikan bantuan dan kemahiran berbentuk program motivasi kepada sekolah.

4. Bersama surat ini, saya sertakan Minit Mesyuararat kali pertama penubuhan Alumni SMABT sebagaimana di lampiran A.

5. Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat mengesahkan penubuhan tertubuhnya ALUMNI SMABT ini. Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

UKHUWWAH TERBINA, ISLAM TERPELIHARA”.

Yang benar,

………………………..............................................

(Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainuddin)

Pengerusi,

Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.


Lampiran A

MINIT MESYUARAT

ALUMNI SEKOLAH MENENGAH AGAMA ARAB BUGISIAH TAMPOK

82200 BENUT PONTIAN JOHOR

KALI PERTAMA

Tarikh : 3 JULAI 2009

Hari : Jumaat

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Rumah Saudari Rosmiyati bte Haji Billak

Kehadiran :

1) Mohammad Khairullah bin Mohd Zainuddin

2) Abdul Hadi bin Md Rusdi

3) Abdul Khafiz bin Mohamed Norok

4) Norafani bte Abdul Samad

5) Rosmiyati bte Haji Billak

BIL

AGENDA

TINDAKAN

1.

Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi

Pembukaan Majlis ( Al- Fatihah )

Ucapan aluan

Saudara Mohammad Khairullah bin Mohd Zainuddin

2.

Tazkirah ringkas

Saudara Abdul Hadi bin Md Rusdi

3.

Penerangan secara terperinci mengenai alumni

Saudara Mohammad Khairullah bin Mohd Zainuddin

Saudara Abdul Hadi bin Md Rusdi

4.

4.1 Perlantikan ahli jawatankuasa penaja

seperti yang tertera dilampiran B.

Bertujuan untuk merancang perhimpunan

tahunan yang pertama. Juga melantik dua

orang wakil bagi setiap generasi.

4.2 Cadangan membuat blog alumni bertujuan

untuk menyampaikan sebarang maklumat

mengenai program-program yang

dirancang dan berita.

4.3 Membincangkan bagaimana cara untuk

mendapatkan dana.

4.4 Memutuskan yuran tahunan dan yuran

pendaftaran.

4.5 Merancang program terdekat pada 24

september 2009 ; Majlis Hari Raya dan

Perhimpunan Agung.

Saudara Mohammad Khairullah bin Mohd Zainuddin

Saudara Abdul Hadi bin Md Rusdi

Saudara Abdul Hafiz bin Mohamed Norok

Saudari Norafani bte Abdul Samad

Saudari Rosmiyati bte Haji Billak

5.

Penutup

- Bacaan tasbih kaffarah dan surah al-asr

- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Saudara Mohammad Khairullah bin Mohd Zainuddin


Disediakan oleh :

……………………………

( Abdul Hadi bin Md Rusdi )

Setiausaha Agong,

Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.


Disemak oleh

………………………….........................

( Mohammad Khairullah bin Mohd Zainuddin)

Pengerusi,

Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.



Labels: