.:: PROGRAM ZIARAH MAHABBAH AIDILFITRI ::.

Wednesday, September 30, 2009


* Rumah Ustaz/ustazah,Senior-senior & Junior-junior ex-SMABT sekitar Lembah Klang ( Selangor & Kuala Lumpur)

* Pada 3 & 4 Oktober 2009

* Sabtu & Ahad

* Berkumpul di Masjid Jamek Universiti Putra Malaysia (Serdang)

* Jam 10.00 pagi ( Sabtu)

*hubungi wakil setiap kampus anda untuk makluman lanjut :

  • USIM : Sdr Rasul bin Isa (013-7960479)
  • UKM : Sdr Ridwan Sulaiman (013-3135073) @ Afani Samad (019-3640272)
  • UIAM : Sdr Khairullah ( 013-2229724)
  • UUM : Sdri Adibah Shazali
  • UDM : Sdri Rosmiyati Binti Haji Billak (013-7961381)
  • KUIN : Sdr Hafiz Hamdan
  • KUIS : Sdri Halimah binti Murtada (0193731987)

untuk lain-lain hubungan selain kampus-kampus di atas... sila hubuingi :

  • Sdr Hasan bin Omar : 013-2129285
  • Sdr Taufiq Rahmat : 019-2242764

* Terbuka kepada semua Ahli ALUMNI SMABT,,samada masih belajar,sudah bekerja dan sebagainya..taklimat perjalanan Progam akan di buat di Rumah Sdr Taufiq Rahmat

... semoga program ini mengukuhkan lagi hubungan ukhuwah persaudaraan kita semua

* sekiranya ada maklumat bekas pelajar SMABT sekitar L.Klang boleh lah dimaklumkan segera ..syukran

Assalamualaikum.....
untuk maklumat semua, Program Ziarah ini terpaksa ditunda ke minggu depan disebabkan sedikit masalah yang tidak boleh dielakkan. Sebarang maklumat boleh rujuk pada wakil kampus..Syukran

Labels:

.:: ALUMNI SMABT KINI DI SESAWANG KOMUNITI ::.

Tuesday, September 29, 2009

Assalamualaikum...
Untuk pengetahuan bekas-bekas pelajar SMABT sekalian,ALUMNI SMABT kini terdapat di Friendster,MySpace dan Facebook.

Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi laman-laman ALUMNI SMABT. Semoga ukhuwah sesama kita semakin erat...

MySpace : http://www.myspace.com/497284633

Friendster : http://profiles.friendster.com/114621176
atau search "Alumni SMABT" (alumnismabt@gmail.com)

Facebook : Search "AlumniBugisiah Smabt"

Labels:

Tautan Kasih Aidilfitri

Monday, September 28, 2009


Pada 26 September 2009, Persatuan Bekas-bekas Pelajar Sekolah Menengah agama Bugisiah Tampok atau Alumni SMABT telah mengadakan Program tautan Kasih Aidilfitri di SMA Bugisiah. Bermula pada pukul 8.00 pagi.


Program ini merupakan program yang pertama dilaksanakan sejak penubuhannya. Ia bertujuan untuk mengumpul kembali bekas-bekas pelajar SMABT yang telah tamat belajar dari sekolah tersebut. Selain itu juga, ia bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa tetap setelah segala penubuhannya itu dilaksanakan oleh oleh ahli jawatankuasa penaja. Hampir 200 orang telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli, kemudian ucapan dari pengetua Ustaz Sulaiman bin Abdullah seterusnya mesyuarat agung dimulakan. Setelah selesai pembentangan laporan selesai, pembubaran telah dilakukan. Akan tetapi, ada cadangan untuk dikekalkan. Maka ahli jawatankuasa penaja kekal menjadi ahli jawatankuasa yang sebenar.
Setelah selesai mesyuarat agung, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera. Program tamat pada pukul 1.00 tengah hari dan majlis bersurai.


sehari sebelum majlis












Labels:

.::SALAM LEBARAN::.

Wednesday, September 16, 2009


Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua bekas-bekas pelajar Sek. Men Agama ( Arab ) Bugisiah Tampok. Dikesempatan ini kami pihak ahli jawatankuasa penaja ALUMNI SMABT ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.

Jemputlah hadir ke majlis tautan kasih di aidilfitri pada 26 september ini pada hari raya ke 7, kehadiran anda amat di alu-alukan dan diharapkan. Semoga dengan kewujudan program ini dapat mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan bagi yang telah lama tidak berjumpa sahabat@ kenalan lama diharapkan program ini dapat menghidupkan suasana
"jejak kasih"

AKHIR KALAM.. terimalah :)


Hari ini sungguhlah indah
Langit cerah nampak bahagia
Hari ini aku merasa
Sungguh riang kerna hari raya

Akan ku sambut dengan riang dan gembira
Wahai kawan mari bersama suka-ria
Pada yang tua maaf di pinta
Pada kawan begitu juga

Kesalahan masa nan lalu
Lupakan saja tempuh yang baru
Pada yang jauh tak (usah) ku lupa
Agar mereka gembira bersama


ukhuwwah terpatri kenangan terjalin

"ukhuwwah terbina, Islam terpelihara"



Labels:

.:: KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH::.

Saturday, September 12, 2009

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Labels:

.::Perkongsian di sebalik cerita ::.

...Cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. ..

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu,

penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Labels:

.:: SURAT MENYURAT ::.

Thursday, September 10, 2009

[ SURAT YANG DIHANTAR MELALUI POS ]

ALUMNI
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) BUGISIAH TAMPOK
82200 BENUT PONTIAN
JOHOR

Rujukan : Alumni/SMABT 0709 ( 08)

Bertarikh : 24 Ogos 2009
Bersamaan : 3 Ramadhan 1430 H

Assalamualaikum w.b.t.
Bekas-bekas Pelajar,
Sek. Men. Agama Bugisiah Tampok.

Tuan / Puan / Encik / Cik

PEMBERITAHUAN TERTUBUH ALUMNI SMABT

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan / puan / encik / cik bahawa Persatuan Bekas-bekas Pelajar Sek. Men. Agama (A) Bugisiah Tampok atau ALUMNI SMABT telah tertubuh dengan rasminya pada 3 Julai 2009 sebagaimana pengesahan tertubuh dilampiran sebelah.

3. Sehubungan itu, setiap individu yang pernah bersekolah di Sek. Men. Agama (A) Bugisiah Tampok adalah Ahli ALUMNI SMABT. Pihak tuan / puan / encik / cik boleh mendaftarkan diri dengan mengisi Borang Keahlian yang telah dilampirkan dan menjelaskan yuran pendaftaran sebelum 17 September 2009 sebanyak RM30 secara tunai kepada AJK ALUMNI yang telah dilantik atau menjelaskannya melalui Bank Simpanan Nasional atas nama Abdul Khafiz bin Mohamed Norok, No. Akaun : 01125-29-00002987-2 selaku Bendahari Jawatankuasa ALUMNI SMABT.

4. Borang Keahlian dan resit pembayaran hendaklah dibawa bersama-sama ketika Majlis Tautan Kasih Aidilfitri untuk pendaftaran atau menghantar melalui pos sebelum 17 September 2009 ke alamat rumah Pen. Setiausaha Jawtankuasa ALUMNI SMABT seperti berikut:

Rosmiyati Bte Hj. Billak
No. 50, Jln Pt. Betak, 82200 Benut, Pontian, Johor.

4. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan / puan / encik / cik boleh melayari blog rasmi ALUMNI SMABT iaitu http://www.alumnismabt.blogspot.com/. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan / encik / cik didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

”UKHUWWAH TERBINA, ISLAM TERPELIHARA”.

Yang menjalankan tugas,

……………………………...................................................…
(MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDDIN)
Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.
[ SURAT PENGESAHAN ]




[ SURAT YANG DIHANTAR KEPADA GURU-GURU SMABT ]

ALUMNI
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) BUGISIAH TAMPOK
82200 BENUT PONTIAN
JOHOR


Rujukan : Alumni/SMABT 0709 ( 09)

Bertarikh : 24 Ogos 2009
Bersamaan : 3 Ramadhan 1430 H

Assalamualaikum w.b.t.
Bekas-bekas Pelajar,
Sek. Men. Agama Bugisiah Tampok.

Tuan / Puan / Encik / Cik

PEMBERITAHUAN PENUBUHAN ALUMNI SMABT

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan / puan / encik / cik bahawa Persatuan Bekas-bekas Pelajar Sek. Men. Agama (A) Bugisiah Tampok atau ALUMNI SMABT telah tertubuh dengan rasminya pada 3 Julai 2009 sebagaimana pengesahan tertubuh dilampiran sebelah.

3. Sehubungan itu, setiap individu yang pernah bersekolah di Sek. Men. Agama (A) Bugisiah Tampok adalah Ahli ALUMNI SMABT. Pihak tuan / puan / encik / cik boleh mendaftarkan diri dengan mengisi Borang Keahlian yang telah dilampirkan dan menjelaskan yuran pendaftaran sebanyak RM30 sebelum 17 September 2009 secara tunai kepada ustaz Hafiz Noramli b Halimi. Borang Keahlian yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ketika menjelaskan yuran pendaftaran tersebut.

4. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan / puan / encik / cik boleh melayari blog rasmi ALUMNI SMABT iaitu http://www.alumnismabt.blogspot.com/. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan / encik / cik didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

”UKHUWWAH TERBINA, ISLAM TERPELIHARA”.

Yang menjalankan tugas,


……………………………...................................................…
(MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDDIN)
Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.



[ SURAT JEMPUTAN MAJLIS TAUTAN KASIH DI AIDILFITRI ]

ALUMNI
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) BUGISIAH TAMPOK
82200 BENUT PONTIAN
JOHOR

Rujukan : Alumni/SMABT 0709 ( 07 )

Bertarikh : 24 Ogos 2009
Bersamaan : 3 Ramadhan 1430 H

Assalamualaikum w.b.t.
Bekas-bekas Pelajar,
Sek. Men. Agama Bugisiah Tampok.

Tuan / Puan / Encik / Cik,

JEMPUTAN KE MAJLIS TAUTAN KASIH AIDILFITRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT akan mengadakan program SULUNG setelah tertubuhnya persatuan ini iaitu Majlis Tautan Kasih Aidilfitri sebagaimana berikut.

Hari : Sabtu
Tarikh : 26 September 2009
Masa : 8.00 pagi – 2.00 Petang
Tempat: Dewan Makan SMABT

3. Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan ukhwah bekas-bekas pelajar Sek. Men. Agama (A) Bugisiah Tampok disamping melantik Jawatankuasa ALUMNI SMABT secara rasmi melalui mesyuarat agong yang akan dilaksanakan. Bersama-sama ini disertakan tentatif program sebagaimana di lampiran A. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pihak tuan / puan / encik / cik boleh menghubungi :

Saudara Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainuddin (013-2229724)
Saudara Mohd Ali Ajwad bin Kamarudin (017-7011153)
Norafani bt Abd. Samad (019-3640272)
Rosmiyati bt Hj Billak (013-7961381)

4. Sehubungan itu, pihak tuan / puan / encik / cik dijemput untuk menghadiri majlis yang julung kalinya diadakan dan mengesahkan kehadiran dengan menghubungi talian seperti mana di atas. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan / encik / cik didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

”UKHUWWAH TERBINA, ISLAM TERPELIHARA”.

Yang menjalankan tugas,

………………………………
( ROSMIYATI BINTI HAJI BILLAK )
Pen. Setiausaha,
Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT.




Lampiran A


TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi : Pendaftaran

8.20 Pagi : Ucapan pengerusi majlis

8.30 Pagi : Ucapan Pengerusi PENAJA Alumni SMABT

8.45 Pagi : Ucapan Pengetua SMABT

9.00 Pagi : Mesyuarat agong Alumni SMABT kali pertama.

11.00 Pagi : Kenangan di Aidilfitri

11.15 Pagi : “ Burasak Bugis, Ketupat Jawa”

2.00 Petang : Bersurai


Labels:
Wednesday, September 9, 2009

Beberapa Info Berguna

Berkenaan Malam Al-Qadar


Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.


Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.


Adaptasi dari

Blog

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Labels:

.::Ramadhan::.

Tuesday, September 8, 2009







Labels:

.::Progress Terkini::.



Alhamdulillah sekadar ini...

  • Sebanyak 555 pucuk surat telah di pos kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok di Pejabat Pos Daerah Pontian berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak SMABT dan lebih kurang 100 pucuk lagi lagi telah di hantar melalui wakil-wakil batch yang dipilih..
  • Bagi pelajar yang berada di IPTA/IPTS kami memohon maaf kerana tidak dapat pos surat ke rumah anda akan tetapi kami telah menyediakan beberapa wakil dr setiap IPTA/IPTS untuk menyampaikannya kepada anda. Harap mengerti kesulitan yang dihadapi oleh kami AJK penaja Alumni SMABT.
  • Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan ALUMNI adalah wajib di bayar oleh semua bekas-bekas pelajar untuk kemudahan pengurusan dan dana persatuan.
  • sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sdr Abd Khafiz Bin Mohammed Norok (013-2129286) @ Sdri Rosmiyati Haji Billak (013-7961381)

Labels:

WAJAH KINI SMABT

Sunday, September 6, 2009























Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Friday, September 4, 2009

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966

Labels:

Kisah CAWAN


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Wallahu a'lam

Labels: