Tuesday, December 29, 2009



PERHATIAN!!!


PEMBACAAN DAN KEPUTUSAN PENGHAKIMAN KES KALIMAH ALLAH


TARIKH/HARI: 31 DISEMBER 2009/KHAMIS


MASA: 3:00 PETANG


TEMPAT: MAHKAMAH TINGGI SIVIL 2, ARAS 4, KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA



P/S: KEPADA SEMUA SAHABAT DAN KAUM MUSLIMIN KESELURUHANNYA, MARILAH KITA SAMA-SAMA SOLAT HAJAT DAN BERDOA AGAR KES INI MEMIHAK KEPADA KITA, UMAT ISLAM.



ALLAHU AKBAR!!!



WASSALAM


TAHNIAH DIUCAPKAN...

Sunday, December 27, 2009

Assalamualaikum....

ALUMNI SMABT mengucapkan TAHNIAH kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Kami di maklumkan seorang pelajar 3 tahfiz telah mendapat 9A, 2 orang pelajar 7A, lebih kurang 4 orang pelajar 6A dan yang lainnya 4A,3A dan 2A.

" Menjelang 5o tahun penubuhan Bugisiah"

Labels:

Perjalanan Alumni...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Untuk pengetahuan semua, Majlis Tertinggi & Exco Alumni SMABT telah mengadakan Rehlah Sehari Rindu yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama MT & Exco yang telah dilantik dan juga bertujuan untuk merancang takwim tahunan.

Beberapa program yang telah dirancang antaranya:

Bulan 1 :
1. Slot Taaruf Alumni kepada pelajar baru tingkatan satu SMABT
2. Pengumpulan nota-nota untuk diberikan kepada adik-adik di SMABT
3. Pengedaran risalah-risalah ilmu

Bulan 3 :
1. Forum Perdana Sempena Maulidul Rasul

Bulan 4 :
1. Khidmat Masyarakat bersama penduduk kampung di Tampok

Kami akan maklumkan program seterusnya dari semasa ke semasa.

Kami juga sedang mencari beberapa orang ahli alumni yang sudi untuk membantu kami dan menjadi ajk dalam setiap BIRO

Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengan kami boleh menghubungi

Saudara Khairullah : 0132229724
Saudara Abdul Hadi : 0132478699
Saudari Afani : 0193640272
Saudari Rosmiyati : 0137961381

" Menjelang 50 tahun penubuhan Bugisiah "

Labels:

UNTUK ANDA SEMUA....

Wednesday, December 23, 2009

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Labels:

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1430 H

Thursday, December 17, 2009

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberikan kita peluang untuk bertemu dengan kembali Tahun Baru Hijrah 1431 pada tahun ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in, tabi'it tabi'in dan semua pejuang da'wah di sepanjang zaman.


Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa agung Islam yang utama dan sewajarnyalah kita mengingatinyadengan penuh rasa pengabdian kepada Allah s.w.t.Sebagai Daie atau penggerak Islam, sewajarnyalah juga kita menghayati peristiwa Hijrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat . sewaktu mereka diuji oleh Allah s.w.t. dengan siksaan dan cemuhan kaum musyrikin Makkah dan juga ujian sepanjang proses penghijrahan dari Makkah dan Madinah.


Kita juga boleh mengambil pelajaran daripada peristiwa ini bagaimana usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini perlukan banyak pengorbanan, baik dari segi harta dan wang ringgit, masa, kesenangan malah ada kalanya jiwa dan raga. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita apa yang telah kita korbankan untuk agama yang tercinta ini? Pasti jawapannya tentu tidak setanding dengan apa yang telah dikorbankan oleh para nabi, rasul, ulama malah tokoh-tokoh pemimpin Islam sepanjang zaman.

Dalam konteks Alumni Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok, saya menyeru diri saya dan semua Saf Kepimpinan serta ahli-ahli ALUMNI SMABT agar menghayati peristiwa Hijrah ini untuk sama-sama kita :


· Memperkasakan ukhuwwah sesama kita

· Memperbetulkan Niat dan Ikhlas hati Berintima’ dalam Organisasi ini.

· Memahami perancangan dan gerak kerja organisasi secara Kulli

· Menerapakn budaya kerja yang terancang dan teratur

· Bersedia menginfakkan diri,masa,wang dan tenaga yang ada.


Semoga niat ikhlas kita menggerakan Alumni ini sentiasa dalam redha-Nya. Bagi sahabat-sahabat yang telah mendahului kita semua, moga mendapat ganjaran-Nya yang hakiki dan juga memberikan semangat dan kekuatan untuk kita yang tinggal bagi meneruskan lagi misi dan visi da'wah di muka bumi-Nya ini.



Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin

Yang Di-Pertua

ALUMNI SMABT