~ambillah manfaatnya~

Saturday, January 30, 2010

~AL-KISAH~

Seorang ulama terkemuka, Imam Sahl bin Abdullah at-Tastari menceritakan kisah dirinya..
"ketika berumur tiga tahun, aku ikut bapa saudaraku iaitu Muhammad bin Sanwai melakukan qiyamullail. Aku melihat cara solat bapa saudaraku dan aku meniru gerakannya.

suatu hari, bapa saudaraku berkata kepadaku, "Adakah engkau mengingati Allah, yang menciptakanmu?". Aku bertanya padanya: "bagaimanakah caranya aku mengingati-NYA?

beliau menjawab,"Anakku! jika kau berganti pakaian dan ketika hendak tidur, katakanlah tiga kali dalam hatimu, tanpa menggerakkan lidahmu. "Allahu ma'i...Allahu nadhari...Allahu syahidi! (ertinya, ALLAH BERSAMAKU, ALLAH MELIHATKU, ALLAH MENYAKSIKAN AKU!)

aku menghafal kalimah itu, lalu mengucapkan setiap malam. kemudian aku menceritakan hal ini kepada bapa saudaraku. bapa saudaraku berkata, "Mulai sekarang, ucapkan zikir itu sepuluh kali setiap malam."

Aku mengamalkannya, aku fahami maknanya dan aku merasakan ada kenukmatan dalam hatiku. fikiran terasa tenang. Aku berasa sentiasa bersama Allah Subhanahu wa Taala.

satu tahun selepas itu, bapa saudaraku berkata," jagalah apa yang aku ajarkan kepadamu, dan amalkanlah sehingga mati. Zikir itu akan bermanfaat bagimu di dunia dan akhirat."

katanya lagi," wahai Sahl, Orang yang berasa selalu disertai Allah, dilihat Allah dan disaksikan Allah, adakah dia akan melakukan maksiat?"

kalimat ALLAHU MA'I, ALLAHU NADHARI, ALLAHU SYAHIDI (ALLAH BERSAMAKU, ALLAH MELIHATKU, ALLAH MENYAKSIKANKU) sangat terkenal dalam kalangan ulama arif billah. bahkan Syeikh al-Azhar, Imam Abdul Halim Mahmud, yang juga dikenali sebagai ulama yang arif billah menganjurkan kpada kaum Muslimin supaya membacakan kalimah ini di dalam hati. maknanya dasyat, jika dihayati dengan bersungguh-sungguh, akan mendatangkan rasa ma'iyatullah (selalu berasa disertai,dilihat dan disaksikan oleh ALLAH Subhanahu wa Taala.

Akhirnya hal ini akan menimbulkan rasa takwa yang tinggi kepada Allah Subhanahu wa Taala. kalau sudah begitu, adakah orang yang berasa disertai, dilihat dan disaksikan ALLAH akan melakukan maksiat??................

renung2kanlah...& amalkanlah kalimah itu agar dapat manfaatnya...
sekian...wsalam (",)

Labels:

.:: MOTIVASI DAN SLOT TA'ARUF ALUMNI ::.

Friday, January 15, 2010

Pada hari Isnin bersamaan dengan 11 Januari 2009, hasil perbincangan Mesyuarat Guru-guru, pihak Sekolah Menengah Agama Bugisiah Tampok memohon kerjasama dari pihak ALUMNI SMABT untuk mengadakan slot Motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 2 hingga 5. Antara mereka yang hadir memberikan kerjasama sepanjang program ini diadakan adalah:

-Harun Amir Nur Rashid bin Poniran-
-Norshakila binti Mohd Radzuan-
-Amin Nur Huda-

Slot yang disampaikan oleh Saudara Harun Amir Nur Rashid bin Poniran bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang cabaran yang bakal dihadapi selepas tamat alam persekolahan dan melangkah ke dunia luar. Saudara Harun selaku penyampai juga berkesempatan untuk berkongsi sedikit pengalamannya sepanjang bergelar siswa kepada adik-adik pelajar untuk dijadikan tauladan dan panduan mereka di masa akan datang. Sesungguhnya kehidupan selepas tamat persekolahan itu amatlah genting dan lebih mencabar.
Program yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi itu diisi dengan celoteh dan nasihat dari Saudara Harun serta diisi dengan 2 LDK yang disediakan oleh Saudara Harun. Pihak Guru-guru Sekolah Menengah Agama Bugisiah Tampok mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ALUMNI SMABT kerana sanggup bersusah payah hadir bagi menjayakan program ini.

Pada keesokan harinya iaitu pada hari Selasa,12 Januari 2010, ALUMNI SMABT sekali lagi hadir ke SMA Bugisiah Tampok bagi menjayakan aktiviti yang dirancang iaitu Slot ALUMNI bersama Pelajar Baru. Berbeza dengan program pada hari sebelumnya, slot kali ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar baru tentang ALUMNI SMABT. Antara mereka yang hadir menjayakan slot ini:

-Harun Amir Nur Rashid bin Poniran-
-Mariah Ulfah binti Haji Billak-
-Amin Nur Huda-

Slot ini adalah permintaan dari pihak ALUMNI SMABT agar para pelajar baru dapat mengenali siapakah dan apakah ALUMNI SMABT itu sendiri. Slot ini bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi yang dipimpin oleh Saudara Harun Amir Nur Rashid. Antara maklumat yang dimuatkan di dalam slot ini adalah tentang Objektif penubuhan ALUMNI SMABT,Matlamat,Visi & Misi,Aktiviti yang bakal dilaksanakan serta Ta'aruf Ahli Majlis Tertinggi dan Exco ALUMNI SMABT berpandukan slide yang telah disediakan oleh Biro Perhubungan dan Penerangan ALUMNI SMABT.
Diharapkan dengan program dan slot yang diadakan dapat memberi sedikit input kepada adik-adik pelajar Sekolah Menengah Agama Bugisiah Tampok seterusnya merapatkan lagi jurang dan ukhuwwah di antara pihak sekolah dan ALUMNI SMABT.
Sekian.

"MENJELANG 55 TAHUN PENUBUHAN SMA BUGISIAH TAMPOK"