TAHNIAH DIUCAPKAN...
Sunday, December 27, 2009ALUMNI SMABT mengucapkan TAHNIAH kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Kami di maklumkan seorang pelajar 3 tahfiz telah mendapat 9A, 2 orang pelajar 7A, lebih kurang 4 orang pelajar 6A dan yang lainnya 4A,3A dan 2A.
" Menjelang 5o tahun penubuhan Bugisiah"
Perjalanan Alumni...
Untuk pengetahuan semua, Majlis Tertinggi & Exco Alumni SMABT telah mengadakan Rehlah Sehari Rindu yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama MT & Exco yang telah dilantik dan juga bertujuan untuk merancang takwim tahunan.
Beberapa program yang telah dirancang antaranya:
Bulan 1 :
1. Slot Taaruf Alumni kepada pelajar baru tingkatan satu SMABT
2. Pengumpulan nota-nota untuk diberikan kepada adik-adik di SMABT
3. Pengedaran risalah-risalah ilmu
Bulan 3 :
1. Forum Perdana Sempena Maulidul Rasul
Bulan 4 :
1. Khidmat Masyarakat bersama penduduk kampung di Tampok
Kami akan maklumkan program seterusnya dari semasa ke semasa.
Kami juga sedang mencari beberapa orang ahli alumni yang sudi untuk membantu kami dan menjadi ajk dalam setiap BIRO
Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengan kami boleh menghubungi
Saudara Abdul Hadi : 0132478699
Saudari Afani : 0193640272
Saudari Rosmiyati : 0137961381
UNTUK ANDA SEMUA....
Wednesday, December 23, 2009PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1430 H
Thursday, December 17, 2009
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberikan kita peluang untuk bertemu dengan kembali Tahun Baru Hijrah 1431 pada tahun ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in, tabi'it tabi'in dan semua pejuang da'wah di sepanjang zaman.
Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa agung Islam yang utama dan sewajarnyalah kita mengingatinyadengan penuh rasa pengabdian kepada Allah s.w.t.Sebagai Daie atau penggerak Islam, sewajarnyalah juga kita menghayati peristiwa Hijrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat . sewaktu mereka diuji oleh Allah s.w.t. dengan siksaan dan cemuhan kaum musyrikin Makkah dan juga ujian sepanjang proses penghijrahan dari Makkah dan Madinah.
Kita juga boleh mengambil pelajaran daripada peristiwa ini bagaimana usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini perlukan banyak pengorbanan, baik dari segi harta dan wang ringgit, masa, kesenangan malah ada kalanya jiwa dan raga. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita apa yang telah kita korbankan untuk agama yang tercinta ini? Pasti jawapannya tentu tidak setanding dengan apa yang telah dikorbankan oleh para nabi, rasul, ulama malah tokoh-tokoh pemimpin Islam sepanjang zaman.
Dalam konteks Alumni Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok, saya menyeru diri saya dan semua Saf Kepimpinan serta ahli-ahli ALUMNI SMABT agar menghayati peristiwa Hijrah ini untuk sama-sama kita :
· Memperkasakan ukhuwwah sesama kita
· Memperbetulkan Niat dan Ikhlas hati Berintima’ dalam Organisasi ini.
· Memahami perancangan dan gerak kerja organisasi secara Kulli
· Menerapakn budaya kerja yang terancang dan teratur
· Bersedia menginfakkan diri,masa,wang dan tenaga yang ada.
Semoga niat ikhlas kita menggerakan Alumni ini sentiasa dalam redha-Nya. Bagi sahabat-sahabat yang telah mendahului kita semua, moga mendapat ganjaran-Nya yang hakiki dan juga memberikan semangat dan kekuatan untuk kita yang tinggal bagi meneruskan lagi misi dan visi da'wah di muka bumi-Nya ini.
Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin
Yang Di-Pertua
ALUMNI SMABT
Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus dosa
Tuesday, November 17, 2009Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.
Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.
Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.
Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.
Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?
Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?
Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?
Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud:
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.
Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.
Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.
Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa.
Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.
Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)
Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud:
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.
Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.
Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)
Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.
Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.
Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.
Ibnul Qayyim mengungkapnya: “Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?”
Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.
Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136)
Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.
Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.
Kisah pohon epal...
Thursday, November 12, 2009Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang ke pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pohon apel itu berkata, "
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jual lah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan."
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkahkau menolongku?" Tanya anak itu."
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan. Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, akut idak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."
Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunb egitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu."
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu."
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigiu ntuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu."
Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Tersebut. Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.K etika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapakepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
Memperkasa Jati Diri Remaja
Monday, November 9, 2009Assalamualaikum
Kepada semua sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa
Kesatuan Pelajar Islam Johor ( KPIJ ) dengan kerjasama
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM )
akan menganjurkan program
" JAMBORI REMAJA ISLAM"
Bertempat di : Kem Pengakap Tanjong Laboh Batu Pahat Johor
Tarikh : 22-25 November 2009
Bayaran : RM20
Sasaran : Remaja berumur 13-17 Tahun
Modul : Survival dan aktiviti Luar
kepada sesiapa yang mempunyai anak-anak @ adik-adik marilah kita daftarkan, isilah masa mereka dan manfaatkanlah cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang berfaedah..
Sekiranya berminat dan sebarang pertanyaan sila hubungi :
Saudara Khairullah : 0132229724
Saudara Abdul Hadi : 0197536597
atau
layari : http// kpijohor.blogspot.com
" Ukhuwwah Terbina Islam Terpeihara "
.:: BERSAHABAT KERANA ALLAH ::.
Tuesday, October 27, 2009Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu.
Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.
Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan tersebut ialah:
1. Bersahabat kerana zat (diri) org tersebut.
2. Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di dunia. (seseorang yang bersahabat dalam kategori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan dan pangkat.
3. Bersahabat kerana kelebihan di akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadah kepada Allah).
4. Bersahabat kerana Allah S.W.T (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T
Dekati
• Org yg berakal
• Orang baik perangainya
• Org yg beragama dan berpegang dgn ahli sunnah wal-jamah
• Org yg zuhud
Jauhi
• Org yg berdusta
• Org yg kurang berakal
• Org yg kedekut
• Org yg penakut
• Org yg fasik
HAK-HAK SAHABAT
1. Menolong dengan harta apabila sahabat kita berada dalam kesempitan hidup.
2. Menolong sahabat dengan usaha dan tenaga. Sahabat yang baik akan membantu sahabat yang berada dlm kesibukan tugas.
3. Menolong sahabat dengan lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji & menghebahkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat (tertakluk kepad keadaan seseorang itu).
4. Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik (tertekluk kepada keadaan seseorang itu).
5. Tidak menceritakan keaiban& kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya.
6. Memaafkan kesalahan sahabat.
7. Mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.
8. Menunaikan semua hak sahabat dengan ikhlas.
9. Tidak menyusah atau memberati sahabat.
Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.
Good Luck for final exam
Monday, October 26, 2009Kepada semua ahli Alumni SMABT yang berada di IPTA/IPTS, selamat menjalani peperiksaan, semoga kejayaan milik anda. Teruskan usaha untuk mencapai cita-cita.
salam imtihan dari kami MT & BARISAN EXCO Alumni SMABT
.:: INDUKSI ALUMNI SMABT ::.
Pemberitahuan....
Kepada Majlis tertinggi Alumni SMABT dan barisan exco Alumni SMABT, induksi Alumni SMABT akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Hari : Isnin
Tarikh : 23 November 2009
Masa : 8.00 pagi - selesai
Tempat : Kem Pengakap Tanjung Laboh
Tujuan utama induksi ini diadakan untuk merangka takwim tahunan, merancang program, membina kefahaman sesama barisan kepimpinan, seterusnya mencapai tujuan penubuhan Alumni iaitu bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta merapatkan ukhuwwah sesama ahli.
Bagi menjayakan induksi ini, perhatian dan kerjasama dari Majlis tertinggi Alumni SMABT dan barisan exco Alumni SMABT amat diharapkan. Semoga kerjasama yang dihulurkan mendapat keredhaan Allah dan seterusnya dapat menjayakan Alumni ini kelak.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDDIN
0132229724
khair87_rindusyahid@yahoo.com
ABDUL HADI BIN MD RUSDI
0132478699
Ibnrushd89@yahoo.com.my
.::SAF KEPIMPINAN ALUMNI SMABT::.
Thursday, October 22, 2009PENAUNG
USTAZ HJ SULAIMAN BIN ABDULLAH
PENASIHAT
USTAZ BACHOK BIN SULAIMAN
PENASIHAT BIRO-BIRO
USTAZ RAUF BIN M. SIDEK
USTAZ MAHATHIR BIN ABDAN
USTAZAH NOR ZEHAN BTE ALI
USTAZAH NOR AZLINAH BTE HASSAN
YANG DIPERTUA
MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDDIN
NAIB YANG DIPERTUA
NORAFANI BTE ABD. SAMAD
SETIAUSAHA AGONG
ABDUL HADI BIN MD RUSDI
NAIB SETIAUSAHA AGONG
ROSMIYATI BINTI HAJI BILLAK
BENDAHARI
MOHAMMAD HAFIZ HAMLI
BIRO AKADEMIK DAN KERJAYA
MOHD TAUFIK BIN KHALID
LIYANA BTE JAMARI
BIRO PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN
MOHD FAIZ BIN RADZUAN
NABILAH BTE MD SAID
BIRO DAKWAH DAN TARBIAH
HASAN BIN OMAR
MARIAH ULFAH BTE BILLAK
BIRO ANTARABANGSA
ABDUL HAFIZ BIN MOHAMED NOROK
ZULIYANA BTE ZULKIFLI
BIRO KEBAJIKAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS
HARUN AMIRNURRASYID BIN PONIRAN
NUR ZIANAH BTE ABDUL KAHHAR
BIRO EKONOMI
MOHD RASUL BIN ESA
ZAKUAN BIN BANDI
DVD
Saturday, October 17, 2009Kepada sahabat-sahabat ALUMNI SMABT sekalian, kami sedang dalam proses menyiapkan DVD "Memori Tautan Kasih" yang mengandungi gambar-gambar sepanjang Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri yang lepas. Kepada mereka yang telah menempah DVD ini, kami memohon maaf di atas kelewatan kami.
Dan kepada mereka yang berminat untuk menempah DVD ini, anda boleh berbuat demikian. Sila hubungi wakil kami untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:
- Mohd Faiz bin Mohd Radzuan
- 016-7549981
DVD ini dapat dibaca oleh komputer/PC sahaja, tidak sesuai untuk DVD Player.
Terima Kasih...
.::WALLPAPER VARIASI LOGO ALUMNI S.M.A.B.T::.
Saturday, October 10, 2009Sila klik link yang diberi untuk download. File adalah dalam bentuk compressed file (.zip). Saiz file adalah 9.16mb mengandungi 8 wallpaper untuk komputer anda.
Sila klik sini untuk ke laman download
.:: MENINGGALKAN KHIANAT MENDAPAT RAHMAT::.
Friday, October 9, 2009Aku memungutnya dan membawanya pulang ke rumah. Ketika aku buka, aku dapatkan didalamnya sebuah kalung permata yang tak pernah aku lihat sebelumnya. Aku lalu keluar dari rumah, dan saat itu ada seorang bapak tua yang berteriak mencari kantongnya yang hilang sambil memegang kantong kain yang berisi uang lima ratus dinar. Dia mengatakan, 'Ini adalah bagi orang yang mau mengembalikan kantong sutera yang berisi permata'. Aku berkata pada diriku, 'Aku sedang membutuhkan, aku ini sedang lapar. Aku bisa mengambil wang dinar emas itu untuk aku manfaatkan dan mengembalikan kantong sutera ini padanya'.
Maka aku berkata pada bapak tua itu, 'Hai, kemarilah'. Lalu aku membawanya ke rumahku. Setibanya di rumah, dia menceritakan padaku ciri kantong sutera itu, ciri-ciri kaos kaki pengikatnya, ciri-ciri permata dan jumlahnya berikut benang yang mengikatnya. Maka aku mengeluarkan dan memberikan kantong itu kepadanya dan dia pun memberikan untukku lima ratus dinar, tetapi aku tidak mau mengambilnya. Aku katakan padanya, 'Memang seharusnya aku mengembalikannya kepadamu tanpa mengambil upah untuk itu'. Ternyata dia berkeras, 'Kau harus mau menerimanya', sambil memaksaku terus-menerus. Aku tetap pada pendirianku, tak mau menerima.
Akhirnya bapak tua itu pun pergi meninggalkanku. Adapun aku, beberapa waktu setelah kejadian itu aku keluar dari kota Makkah dan berlayar dengan perahu. Di tengah laut, perahu tumpangan itu pecah, orang-orang semua tenggelam dengan harta benda mereka. Tetapi aku selamat, dengan menumpang potongan papan dari pecahan perahu itu. Untuk beberapa waktu aku tetap berada di laut, tak tahu ke mana hendak pergi!
Akhirnya aku tiba di sebuah pulau yang berpenduduk. Aku duduk di salah satu masjid mereka sambil membaca ayat-ayat Al-Qur'an. Ketika mereka tahu bagaimana aku membacanya, tak seorang pun dari penduduk pulau tersebut kecuali dia datang kepadaku dan mengatakan, 'Ajarkanlah Al-Qur'an kepadaku'. Aku penuhi permintaan mereka. Dari mereka aku mendapat harta yang banyak.
Di dalam masjid, aku menemukan beberapa lembar dari mushaf, aku mengambil dan mulai membacanya. Lalu mereka bertanya, 'Kau bisa menulis?', aku jawab, 'Ya'. Mereka berkata, 'Kalau begitu, ajarilah kami menulis'. Mereka pun datang dengan anak-anak juga dan para remaja mereka. Aku ajari mereka tulis-menulis. Dari itu juga aku mendapat banyak wang. Setelah itu mereka berkata, 'Kami mempunyai seorang puteri yatim, dia mempunyai harta yang cukup. Maukah kau menikahinya?' Aku menolak. Tetapi mereka terus mendesak, 'Tidak bisa, kau harus mau'. Akhirnya aku menuruti keinginan mereka juga. Ketika mereka membawa anak perempuan itu kehadapanku, aku pandangi dia. Tiba-tiba aku melihat kalung permata yang dulu pernah aku temukan di Makkah melingkar di lehernya. Tak ada yang aku lakukan saat itu kecuali hanya terus memperhatikan kalung permata itu.
Mereka berkata, 'Sungguh, kau telah menghancurkan hati perempuan yatim ini. Kau hanya memperhatikan kalung itu dan tidak memperhatikan orangnya'. Maka saya ceritakan kepada mereka kisah saya dengan kalung tersebut. Setelah mereka tahu, mereka meneriakkan tahlil dan takbir hingga terdengar oleh penduduk setempat. 'Ada apa dengan kalian?', kataku bertanya. Mereka menjawab, 'Tahukah engkau, bahwa orang tua yang mengambil kalung itu darimu saat itu adalah ayah anak perempuan ini'. Dia pernah mengatakan, 'Aku tidak pernah mendapatkan seorang muslim di dunia ini (sebaik) orang yang telah mengembalikan kalung ini kepadaku'.
Dia juga berdoa, 'Ya Allah, pertemukanlah aku dengan orang itu hingga aku dapat menikahkannya dengan puteriku', dan sekarang sudah menjadi kenyataan'. Aku mulai mengarungi kehidupan bersamanya dan kami dikaruniai dua orang anak. Kemudian isteriku meninggal dan kalung permata menjadi harta pusaka untukku dan untuk kedua anakku. Tetapi kedua anakku itu meninggal juga, hingga kalung permata itu jatuh ke tanganku. Lalu aku menjualnya seharga seratus ribu dinar. Dan harta yang kalian lihat ada padaku sekarang ini adalah sisa dari wang 100 ribu dinar itu."
.:: PROGRAM ZIARAH MAHABBAH AIDILFITRI::.
MAKLUMAT TERKINI....
ALUMNI SMABT akan mengadakan PROGRAM ZIARAH MAHABBAH AIDILFITRI yang telah ditunda pada minggu lepas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Berikut adalah maklumat program:
Hari : Sabtu
Tarikh : 10/10/09
Masa : 10 Pagi
Tempat berkumpul : 1. Masjid UPM Serdang ( UKM, USIM, KUIS, MATRIK UIA NILAI )
2. Masjid Negara ( UIAM, MATRIK UIA PJ, UM )
Kita akan beraya ke rumah Ustaz/ustazah,Senior-senior & Junior-junior ex-SMABT sekitar Lembah Klang ( Selangor & Kuala Lumpur)
* Terbuka kepada semua Ahli ALUMNI SMABT,,samada masih belajar,sudah bekerja dan sebagainya.
* Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi :
Sdr Rasul bin Isa (013-7960479)
Sdr Hasan bin Omar : 013-2129285
Semoga program ini dapat mengukuhkan lagi hubungan sesama kita..AMIN..
JASA MU DIKENANG
Thursday, October 1, 2009Selepas tamat di Sekolah Menegah Agama Bugisiah tampok, beliau telah menyambung pelajarannya di Maahad Johor selama setahun dan menduduki peperiksaan STAM. Kemudian melanjutkan pengajian di Darul Quran selama tiga tahun. Kini, demi mencapai matlamatnya beliau telah meyambung pengajiannya di Mesir.
Beliau juga merupakan antara tonggak utama dalam menubuhkan Alumni SMABT yang baru ditubuhkan baru-baru ini. Semoga perjalanan jihad beliau berada di dalam rahmatNya...Ameen
.:: PROGRAM ZIARAH MAHABBAH AIDILFITRI ::.
Wednesday, September 30, 2009* Rumah Ustaz/ustazah,Senior-senior & Junior-junior ex-SMABT sekitar Lembah Klang ( Selangor & Kuala Lumpur)
* Pada 3 & 4 Oktober 2009
* Sabtu & Ahad
* Berkumpul di Masjid Jamek Universiti Putra Malaysia (Serdang)
* Jam 10.00 pagi ( Sabtu)
*hubungi wakil setiap kampus anda untuk makluman lanjut :
- USIM : Sdr Rasul bin Isa (013-7960479)
- UKM : Sdr Ridwan Sulaiman (013-3135073) @ Afani Samad (019-3640272)
- UIAM : Sdr Khairullah ( 013-2229724)
- UUM : Sdri Adibah Shazali
- UDM : Sdri Rosmiyati Binti Haji Billak (013-7961381)
- KUIN : Sdr Hafiz Hamdan
- KUIS : Sdri Halimah binti Murtada (0193731987)
untuk lain-lain hubungan selain kampus-kampus di atas... sila hubuingi :
- Sdr Hasan bin Omar : 013-2129285
- Sdr Taufiq Rahmat : 019-2242764
* Terbuka kepada semua Ahli ALUMNI SMABT,,samada masih belajar,sudah bekerja dan sebagainya..taklimat perjalanan Progam akan di buat di Rumah Sdr Taufiq Rahmat
... semoga program ini mengukuhkan lagi hubungan ukhuwah persaudaraan kita semua
* sekiranya ada maklumat bekas pelajar SMABT sekitar L.Klang boleh lah dimaklumkan segera ..syukran
.:: ALUMNI SMABT KINI DI SESAWANG KOMUNITI ::.
Tuesday, September 29, 2009Assalamualaikum...
Untuk pengetahuan bekas-bekas pelajar SMABT sekalian,ALUMNI SMABT kini terdapat di Friendster,MySpace dan Facebook.
Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi laman-laman ALUMNI SMABT. Semoga ukhuwah sesama kita semakin erat...
MySpace : http://www.myspace.com/497284633
Friendster : http://profiles.friendster.com/114621176
atau search "Alumni SMABT" (alumnismabt@gmail.com)
Facebook : Search "AlumniBugisiah Smabt"
Tautan Kasih Aidilfitri
Monday, September 28, 2009
Pada 26 September 2009, Persatuan Bekas-bekas Pelajar Sekolah Menengah agama Bugisiah Tampok atau Alumni SMABT telah mengadakan Program tautan Kasih Aidilfitri di SMA Bugisiah. Bermula pada pukul 8.00 pagi.
Program ini merupakan program yang pertama dilaksanakan sejak penubuhannya. Ia bertujuan untuk mengumpul kembali bekas-bekas pelajar SMABT yang telah tamat belajar dari sekolah tersebut. Selain itu juga, ia bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa tetap setelah segala penubuhannya itu dilaksanakan oleh oleh ahli jawatankuasa penaja. Hampir 200 orang telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli, kemudian ucapan dari pengetua Ustaz Sulaiman bin Abdullah seterusnya mesyuarat agung dimulakan. Setelah selesai pembentangan laporan selesai, pembubaran telah dilakukan. Akan tetapi, ada cadangan untuk dikekalkan. Maka ahli jawatankuasa penaja kekal menjadi ahli jawatankuasa yang sebenar.