PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1430 H
Thursday, December 17, 2009
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberikan kita peluang untuk bertemu dengan kembali Tahun Baru Hijrah 1431 pada tahun ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in, tabi'it tabi'in dan semua pejuang da'wah di sepanjang zaman.
Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa agung Islam yang utama dan sewajarnyalah kita mengingatinyadengan penuh rasa pengabdian kepada Allah s.w.t.Sebagai Daie atau penggerak Islam, sewajarnyalah juga kita menghayati peristiwa Hijrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat . sewaktu mereka diuji oleh Allah s.w.t. dengan siksaan dan cemuhan kaum musyrikin Makkah dan juga ujian sepanjang proses penghijrahan dari Makkah dan Madinah.
Kita juga boleh mengambil pelajaran daripada peristiwa ini bagaimana usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini perlukan banyak pengorbanan, baik dari segi harta dan wang ringgit, masa, kesenangan malah ada kalanya jiwa dan raga. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita apa yang telah kita korbankan untuk agama yang tercinta ini? Pasti jawapannya tentu tidak setanding dengan apa yang telah dikorbankan oleh para nabi, rasul, ulama malah tokoh-tokoh pemimpin Islam sepanjang zaman.
Dalam konteks Alumni Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok, saya menyeru diri saya dan semua Saf Kepimpinan serta ahli-ahli ALUMNI SMABT agar menghayati peristiwa Hijrah ini untuk sama-sama kita :
· Memperkasakan ukhuwwah sesama kita
· Memperbetulkan Niat dan Ikhlas hati Berintima’ dalam Organisasi ini.
· Memahami perancangan dan gerak kerja organisasi secara Kulli
· Menerapakn budaya kerja yang terancang dan teratur
· Bersedia menginfakkan diri,masa,wang dan tenaga yang ada.
Semoga niat ikhlas kita menggerakan Alumni ini sentiasa dalam redha-Nya. Bagi sahabat-sahabat yang telah mendahului kita semua, moga mendapat ganjaran-Nya yang hakiki dan juga memberikan semangat dan kekuatan untuk kita yang tinggal bagi meneruskan lagi misi dan visi da'wah di muka bumi-Nya ini.
Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin
Yang Di-Pertua
ALUMNI SMABT