TAHNIAH DIUCAPKAN...
Sunday, December 27, 2009ALUMNI SMABT mengucapkan TAHNIAH kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Kami di maklumkan seorang pelajar 3 tahfiz telah mendapat 9A, 2 orang pelajar 7A, lebih kurang 4 orang pelajar 6A dan yang lainnya 4A,3A dan 2A.
" Menjelang 5o tahun penubuhan Bugisiah"
Perjalanan Alumni...
Untuk pengetahuan semua, Majlis Tertinggi & Exco Alumni SMABT telah mengadakan Rehlah Sehari Rindu yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama MT & Exco yang telah dilantik dan juga bertujuan untuk merancang takwim tahunan.
Beberapa program yang telah dirancang antaranya:
Bulan 1 :
1. Slot Taaruf Alumni kepada pelajar baru tingkatan satu SMABT
2. Pengumpulan nota-nota untuk diberikan kepada adik-adik di SMABT
3. Pengedaran risalah-risalah ilmu
Bulan 3 :
1. Forum Perdana Sempena Maulidul Rasul
Bulan 4 :
1. Khidmat Masyarakat bersama penduduk kampung di Tampok
Kami akan maklumkan program seterusnya dari semasa ke semasa.
Kami juga sedang mencari beberapa orang ahli alumni yang sudi untuk membantu kami dan menjadi ajk dalam setiap BIRO
Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengan kami boleh menghubungi
Saudara Abdul Hadi : 0132478699
Saudari Afani : 0193640272
Saudari Rosmiyati : 0137961381
UNTUK ANDA SEMUA....
Wednesday, December 23, 2009PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1430 H
Thursday, December 17, 2009
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberikan kita peluang untuk bertemu dengan kembali Tahun Baru Hijrah 1431 pada tahun ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in, tabi'it tabi'in dan semua pejuang da'wah di sepanjang zaman.
Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa agung Islam yang utama dan sewajarnyalah kita mengingatinyadengan penuh rasa pengabdian kepada Allah s.w.t.Sebagai Daie atau penggerak Islam, sewajarnyalah juga kita menghayati peristiwa Hijrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat . sewaktu mereka diuji oleh Allah s.w.t. dengan siksaan dan cemuhan kaum musyrikin Makkah dan juga ujian sepanjang proses penghijrahan dari Makkah dan Madinah.
Kita juga boleh mengambil pelajaran daripada peristiwa ini bagaimana usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini perlukan banyak pengorbanan, baik dari segi harta dan wang ringgit, masa, kesenangan malah ada kalanya jiwa dan raga. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita apa yang telah kita korbankan untuk agama yang tercinta ini? Pasti jawapannya tentu tidak setanding dengan apa yang telah dikorbankan oleh para nabi, rasul, ulama malah tokoh-tokoh pemimpin Islam sepanjang zaman.
Dalam konteks Alumni Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok, saya menyeru diri saya dan semua Saf Kepimpinan serta ahli-ahli ALUMNI SMABT agar menghayati peristiwa Hijrah ini untuk sama-sama kita :
· Memperkasakan ukhuwwah sesama kita
· Memperbetulkan Niat dan Ikhlas hati Berintima’ dalam Organisasi ini.
· Memahami perancangan dan gerak kerja organisasi secara Kulli
· Menerapakn budaya kerja yang terancang dan teratur
· Bersedia menginfakkan diri,masa,wang dan tenaga yang ada.
Semoga niat ikhlas kita menggerakan Alumni ini sentiasa dalam redha-Nya. Bagi sahabat-sahabat yang telah mendahului kita semua, moga mendapat ganjaran-Nya yang hakiki dan juga memberikan semangat dan kekuatan untuk kita yang tinggal bagi meneruskan lagi misi dan visi da'wah di muka bumi-Nya ini.
Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin
Yang Di-Pertua
ALUMNI SMABT