JASA MU DIKENANG

Thursday, October 1, 2009



Pada 30 september 2009, seorang bekas pelajar bugisiah telah melanjutkan pelajarannya di Shoubra Mesir. Beliau ialah Muhammad Khafiz Bin Norok. Beliau dahulunya merupakan seorang pelajar yang aktif ketika di sekolah yang pernah memegang jawatan pengawas dan aktif berpersatuan. Juga pernah memasuk beberapa pertandingan mewakili sekolah diperingkat negeri.

Selepas tamat di Sekolah Menegah Agama Bugisiah tampok, beliau telah menyambung pelajarannya di Maahad Johor selama setahun dan menduduki peperiksaan STAM. Kemudian melanjutkan pengajian di Darul Quran selama tiga tahun. Kini, demi mencapai matlamatnya beliau telah meyambung pengajiannya di Mesir.

Beliau juga merupakan antara tonggak utama dalam menubuhkan Alumni SMABT yang baru ditubuhkan baru-baru ini. Semoga perjalanan jihad beliau berada di dalam rahmatNya...Ameen

1 comments:

NUR DAIE said...

salam..tahniah ye hafiz... teruskan perjuangan...