~Ramadhan al-Mubarak~

Monday, August 16, 2010


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA WARGA ALUMNI SMABT DAN SELURUH UMAT ISLAM..

SEMOGA BULAN RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA..

MARILAH KITA SAMA2 MEREBUT PELUANG DI BULAN YANG PENUH BERKAT INI DENGAN MEMPERBANYAKKAN DAN MEMPERTINGKATKAN AMAL IBADAH KITA..

SALAM RAMADHAN ^__^

.:: ANDA MEMPUNYAI MASALAH? ::.

Tuesday, July 20, 2010

Hidup di dunia ini memang tidak pernah terlepas dari masalah. Ada sahaja aral yang melintang menghalang perjalanan. Bagi mereka yang bijak, masalah itu adalah satu peluang untuk memperbaharui diri sendiri dan menguji keutuhan dan kebijaksanaan mental dan fizikal. Yang jelasnya, setiap masalah itu adalah satu ujian daripada Allah kepada hambanya bagi menilai sejauh mana tahap keimanan hamba itu kepada-Nya.

Sebut tentang ujian Allah, bagi hambanya yang menganggap setiap permasalahan itu adalah satu ujian dan kekal tetap teguh bersabar menghadapi ujian itu tanpa tergugah goyangnya iman di hatinya, maka di situlah akan terlihat ganjaran dari Allah SWT. Ada yang berkata,-Bermacam-macam ujian aku ditimpakan, aku tak pernah berputus asa malah semakin bersabar, tetapi mengapa tiada ganjaran dari Allah?. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap diri hambanya. Mungkin tiada ganjaran dari Allah di dunia tetapi ganjaran di akhirat nanti yang lebih besar nikmatnya,siapa yang tahu? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Ada sesetengah orang jika ditimpa masalah mencari rakan-rakan dengan tujuan untuk menceritakan setiap inci permasalahan yang dihadapi. Dan jika rakan dan sahabat tidak bisa memberi masa dan ketika untuk dirinya, maka dia menjadi tertekan dan terasa dilupakan dan ditinggalkan dan mula berputus asa.

Inilah akibatnya mencari makhluk, bagaikan gambaran betapa kebergantungan kepada makhluk itu amat jelas. Bersujudlah kepada Allah, berceritalah kepada Allah melalui titisan air mata ketaqwaan dan air mata taubat memohon pertolongan kekuatan petunjuk dan hidayah dari Allah SWT, nescaya seseorang itu tidak akan rasa ditinggalkan, dihindarkan dan berputus asa. Allah SWT tidak kan pernah mengecewakan hamba-hambanya terutamanya hambaNya yang bertaqwa kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa.

Carilah Allah di setiap saat dalam hidup kita, bukan sekadar di masa kita susah sahaj. Ingatlah Allah di kala ingin melakukan kesalahan, ingatlah Allah di kala mendapat berita gembira dan nikmat dariNya, ingatlah Allah di kala susah. Lihatlah alam yang terbentang luas ini, langit, bumu, tanah, pohon-pohon, lautan, burung-burung, gunung-ganang, lihatlah jari jemari kita, tangan kita, lihatlah diri kita di hadapan cermin...

SEMUA ITU ADALAH TANDA-TANDA BAGI ORANG YANG BERFIKIR....

.::BULAN SYAABAN::.

Sunday, July 18, 2010

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

.:: MAVI MARMARA ::.

Sebelum pihak admin meneruskan penulisan, ribuan maaf dipohon kepada semua kerana terdapat bebearapa masalah yang menyebabkan pihak kami tidak dapat log-in ke akaun blogspot ALUMNI SMABT namun semua itu sudah selesai, Alhamdulillah...

Peristiwa serangan tentera Israel terhadap misi kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara masih lagi segar di ingatan. Bagaikan baru sahaja peristiwa itu berlaku dan kami juga merasa anda semua juga begitu. Kekejaman pihak zionis Israel dan keangkuhan mereka ditunjukkan kepada dunia dan jelas sekali niat mereka menghancurkan dan menindas rakyat Palestin khasnya dan umat Islam amnya. Namun, di sebalik peristiwa itu dapat diambil teladan dan pengajaran agar kita dapat bersama-sama memperbaiki diri.
Mengapa kami mengungkit dan menimbulkan kisah Mavi Marmara ini?
Mungkin ada yang bertanya...

Saudara saudari sekalian...

Keikhlasan dalam melakukan sesuatu itu amat penting, di situlah terletaknya nilai sesuatu amalan dan perlakuan itu. Sebaik mana pun sesuatu perbuatan yang dilakukan jika tiada keikhlasan bagaikan pistol yang diisi dengan peluru kosong, berapi jika ditembak tapi tidak mencederakan,SIA-SIA. Tiada nilai di sisi Allah. Sekecil-kecil perbuatan jika disertakan dengan sepenuh-penuh keikhlasan, akan ada ganjaran daripada Allah.

Keikhlasan ini sebenarnya adalah antara perkara yang dapat menyatukan umat Islam. Pelbagai bentuk organisasi dan pertubuhan kecil atau besar, semuanya dibentuk dengan keikhlasan. Jika ahli sesebuah pertubuhan itu ikhlas belaka, akan terbentuklah sebuah institusi penyatuan bukan sekadar sebuah organisasi yang mempunyai objektif tertentu. Namun, jika ahlinya tiada keikhlasan, ibarat peristiwa Mavi Marmara itu, dengan kejam Israel menyerang.

Menyertai sebuah organisasi untuk mendapatkan sesuatu dengan alasan ''Kami dah bayar!''. Bukankah lebih baik jika bekerjasama dan ingin menyumbang sesuatu demi kebaikan bersama terutama bagi yang masih bertatih -tak banyak dapat dilakukan- adalah lebih baik kerana sesebuah organisasi adalah untuk kebaikan umum bukan untuk kepentingan peribadi. Jika beginilah pemikiran dan intelek umat sekarang, ini adalah alamat kejatuhan sesebuah umat. Bagaikan mereka itu adalah Israel yang ingin menjatuhkan ISLAM.

Sama-sama kita fikirkan...

Tahniah

Saturday, July 10, 2010

Tahniah kepada salah seorang exco Alumni SMABT yang berjaya menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Gombak dalam bidang Al Quran dan Sunnah. Beliau ialah Hasan Bin Omar.

MAKLUMAN

Tuesday, June 1, 2010

Kami sedang mencari beberapa orang ahli alumni yang sudi untuk membantu kami dan menjadi ajk dalam setiap BIRO Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengan kami boleh menghubungi

Saudara Khairullah : 0132229724

Saudara Abdul Hadi : 0132478699

Saudari Afani : 0193640272

Saudari Rosmiyati : 0137961381

Labels:

Kamu Adalah Apa yang Kamu Baca

Saturday, April 10, 2010


Bahan bacaan adalah makanan akal. Jika kita mengambil makanan yang berzat dan seimbang, badan kita akan sihat. begitu jugalah jika bahan bacaan kita baik, maka akan meningkat dan sihatlah fikiran. Sebaiknya, jika bahan bacaan buruk dan kotor, maka fikiran kita akan turut kotor dan diracuni.

Apabila akal turut kotor, hati akan turut menjadi kotor. Hal ini kerana akal adalah penasihat kepada hati. Kerap diungkapkan, hati umpama raja, akal pula umpama bendahara. Bendahara memberi nasihat kepada raja untuk memerintah rakyat jelata. Bayangkan kalau bendahara jahat, tentulah nasihatnya penuh kejahatan. Raja yang dipengaruhikejahatan itu akan memerintah dengan jahat, maka menderitalah seluruh rakyat.

Maka begitulah fikiran yang jahat, ia akan menyebabkan hati menjadi jahat. Dan apabila hati menjadi jahat , lahirlah kejahatan dalam gerak tindak seluruh anggota badan selaras dengan hadis daripada al-Nu'man bin Bashir r.a daripada Nabi s.a.w:
" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik maka maiklah seluruh tubuh. Jika rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah hati."

Maka bahan bacaan yang kotor dan tidak bermanfaat bolehlah diumpamakan sebagai bahan makanan yang tidak berzat dan berkhasiat. sesiapa yang banyak memakan bahan bacaan jenis ini maka fikirannya akan keracunan, menjadikan pemikiran itu berada pada tahap yang sangat lemah dan rendah dan begitulah sebaliknya.

Maka, sama-samalah kita fikirkan dan renungkan, apakah yang telah kita makan seharian..wallahhu A'lam

Labels:

SPM 2009

Monday, March 15, 2010

TAHNIAH KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR BUGISIAH SPM 2009 YANG TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG