Kamu Adalah Apa yang Kamu Baca

Saturday, April 10, 2010


Bahan bacaan adalah makanan akal. Jika kita mengambil makanan yang berzat dan seimbang, badan kita akan sihat. begitu jugalah jika bahan bacaan kita baik, maka akan meningkat dan sihatlah fikiran. Sebaiknya, jika bahan bacaan buruk dan kotor, maka fikiran kita akan turut kotor dan diracuni.

Apabila akal turut kotor, hati akan turut menjadi kotor. Hal ini kerana akal adalah penasihat kepada hati. Kerap diungkapkan, hati umpama raja, akal pula umpama bendahara. Bendahara memberi nasihat kepada raja untuk memerintah rakyat jelata. Bayangkan kalau bendahara jahat, tentulah nasihatnya penuh kejahatan. Raja yang dipengaruhikejahatan itu akan memerintah dengan jahat, maka menderitalah seluruh rakyat.

Maka begitulah fikiran yang jahat, ia akan menyebabkan hati menjadi jahat. Dan apabila hati menjadi jahat , lahirlah kejahatan dalam gerak tindak seluruh anggota badan selaras dengan hadis daripada al-Nu'man bin Bashir r.a daripada Nabi s.a.w:
" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik maka maiklah seluruh tubuh. Jika rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah hati."

Maka bahan bacaan yang kotor dan tidak bermanfaat bolehlah diumpamakan sebagai bahan makanan yang tidak berzat dan berkhasiat. sesiapa yang banyak memakan bahan bacaan jenis ini maka fikirannya akan keracunan, menjadikan pemikiran itu berada pada tahap yang sangat lemah dan rendah dan begitulah sebaliknya.

Maka, sama-samalah kita fikirkan dan renungkan, apakah yang telah kita makan seharian..wallahhu A'lam

Labels:

0 comments: