.:: MAVI MARMARA ::.

Sunday, July 18, 2010

Sebelum pihak admin meneruskan penulisan, ribuan maaf dipohon kepada semua kerana terdapat bebearapa masalah yang menyebabkan pihak kami tidak dapat log-in ke akaun blogspot ALUMNI SMABT namun semua itu sudah selesai, Alhamdulillah...

Peristiwa serangan tentera Israel terhadap misi kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara masih lagi segar di ingatan. Bagaikan baru sahaja peristiwa itu berlaku dan kami juga merasa anda semua juga begitu. Kekejaman pihak zionis Israel dan keangkuhan mereka ditunjukkan kepada dunia dan jelas sekali niat mereka menghancurkan dan menindas rakyat Palestin khasnya dan umat Islam amnya. Namun, di sebalik peristiwa itu dapat diambil teladan dan pengajaran agar kita dapat bersama-sama memperbaiki diri.
Mengapa kami mengungkit dan menimbulkan kisah Mavi Marmara ini?
Mungkin ada yang bertanya...

Saudara saudari sekalian...

Keikhlasan dalam melakukan sesuatu itu amat penting, di situlah terletaknya nilai sesuatu amalan dan perlakuan itu. Sebaik mana pun sesuatu perbuatan yang dilakukan jika tiada keikhlasan bagaikan pistol yang diisi dengan peluru kosong, berapi jika ditembak tapi tidak mencederakan,SIA-SIA. Tiada nilai di sisi Allah. Sekecil-kecil perbuatan jika disertakan dengan sepenuh-penuh keikhlasan, akan ada ganjaran daripada Allah.

Keikhlasan ini sebenarnya adalah antara perkara yang dapat menyatukan umat Islam. Pelbagai bentuk organisasi dan pertubuhan kecil atau besar, semuanya dibentuk dengan keikhlasan. Jika ahli sesebuah pertubuhan itu ikhlas belaka, akan terbentuklah sebuah institusi penyatuan bukan sekadar sebuah organisasi yang mempunyai objektif tertentu. Namun, jika ahlinya tiada keikhlasan, ibarat peristiwa Mavi Marmara itu, dengan kejam Israel menyerang.

Menyertai sebuah organisasi untuk mendapatkan sesuatu dengan alasan ''Kami dah bayar!''. Bukankah lebih baik jika bekerjasama dan ingin menyumbang sesuatu demi kebaikan bersama terutama bagi yang masih bertatih -tak banyak dapat dilakukan- adalah lebih baik kerana sesebuah organisasi adalah untuk kebaikan umum bukan untuk kepentingan peribadi. Jika beginilah pemikiran dan intelek umat sekarang, ini adalah alamat kejatuhan sesebuah umat. Bagaikan mereka itu adalah Israel yang ingin menjatuhkan ISLAM.

Sama-sama kita fikirkan...

0 comments: