.::Ramadhan::.

Tuesday, September 8, 2009







Labels:

.::Progress Terkini::.



Alhamdulillah sekadar ini...

  • Sebanyak 555 pucuk surat telah di pos kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok di Pejabat Pos Daerah Pontian berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak SMABT dan lebih kurang 100 pucuk lagi lagi telah di hantar melalui wakil-wakil batch yang dipilih..
  • Bagi pelajar yang berada di IPTA/IPTS kami memohon maaf kerana tidak dapat pos surat ke rumah anda akan tetapi kami telah menyediakan beberapa wakil dr setiap IPTA/IPTS untuk menyampaikannya kepada anda. Harap mengerti kesulitan yang dihadapi oleh kami AJK penaja Alumni SMABT.
  • Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan ALUMNI adalah wajib di bayar oleh semua bekas-bekas pelajar untuk kemudahan pengurusan dan dana persatuan.
  • sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sdr Abd Khafiz Bin Mohammed Norok (013-2129286) @ Sdri Rosmiyati Haji Billak (013-7961381)

Labels:

WAJAH KINI SMABT

Sunday, September 6, 2009























Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Friday, September 4, 2009

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
Sayyid Qutub-1966

Labels:

Kisah CAWAN


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Wallahu a'lam

Labels:

.::Penjelasan Keadaan Sebenar::.

Monday, August 31, 2009

Assalammualaikum....

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Illahi atas limpah kurnia dan Inayah-Nya,hampir 2 bulan penubuhan ALUMNI SMABT dan Blog ini,berbagai-bagai pandangan,komentar,teguran,maklum balas dan krtikan membina telah di berikan kepada kami.,setakat ini kami tidak mudah melatah dan berbesar hati menerima pandangan semua.Insyallah,semoga dengan teguran anda itu semua dapatlah kami menambahbaikkan gerak kerja pemerkasaan Agenda ALUMNI seperti mana yang diharapkan semua pihak.

Kami bagi pihak Jawatankuasa Penaja ingin memberi penjelasan kepada semua bahawa Jawatankuasa Penaja yang dilantik ketika ini bukanlah hanya tertumpu pada satu-satu batch sahaja seperti yang di fahami ,bahkan Jawatankuasa Penaja kini terdiri daripada bekas pelajar Batch 2004 hingga 2008.

Atas nasihat ustaz,ustazah dan senior-senior SMABT.Faktor utama Jawatankuasa ini di lantik adalah untuk menjalankan gerak kerja dasar atau awal yang bagi kami semua pihak maklum adalah tugas yang amat sukar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Tugasan menyiapkan Kertas Konsep ALUMNI,Draf Perlembagaan ALUMNI,mengkoreksi kembali pengkalan data bekas-bekas pelajar dari tahun 1956 hingga 2008,komitmen mesyuarat,dana tajaan,bertemu pihak berautoriti dan banyak lagi sememangnya memerlukan gerak kerja yang tersusun dan fokus. Tidaklah kami menafikan kebolehan senior-senior,namun kami mempertimbangkan keadaan senior-senior yang sudah mempunyai kerjaya bahkan berkeluarga sentiasa sibuk dengan tanggung jawab mereka. Sementelaah kami adik-adik kebanyakannya masih belajar,mempunyai masa yang lebih disamping kami ingin menyumbang bakti membantu penubuhan ALUMNI SMABT yang cukup bermakna ini. Cuba kita bayangkan,setelah separuh abad sekolah kita ditubuhkan belum ada ALUMNI lg,ini memberikan kesan kepada kita semua kerana masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain padahal mereka datang dari asal pendidikan yang sama.

Kami selaku Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT,memohon maaf kepada senior-senior semua jikalau tindakan kami ini melampaui batas pemikiran anda semua. Tiada ruang di hati kami ini untuk membelangkangkan sesiapa pun,sekiranya ada,maafkanlah kami, "kami adik-adik baru belajar,kalau salah tolong betulkan ". Insyallah...selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI nanti, kita akan melantik Jawatankuasa Rasmi ALUMNI SMABT. Redhailah dan dokanlah kejayaan Penubuhan ALUMNI SMABT ini untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting kepada umat islam.

Labels:

.::Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-52::.

Sunday, August 30, 2009

Marilah bersama-sama kita menghayati tema Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2009 “ 1 Malaysia Rakyat Didahulukan,Pencapaian Di Utamakan”. Pada kesempatan yang penuh berbahagia ini saya mewakili Jawatan Kuasa Penaja Persatuan Bekas-bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok (ALUMNI SMABT ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 52 kepada seluruh warga Malaysia khususnya bekas-bekas pelajar SMABT sejak 1956 hingga 2009. semoga merdeka kali ini kita dapat mengisinya dengan nilai-nilai Islami dengan berhijrah dan bebas dari lingkungan hawa nafsu keduniaan menuju kepada jalan yang di sediakan oleh Allah Taala.

Sebagai generasi Ad-Din atau Islami,adalah menjadi peranan dan tugasan kita pendukung Agama mendasari nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan masyrakat terutamanya masyarakat Islam.Kitalah yang belajar,mengajar dan sedia di ajar untuk mencapai maksud itu. Justeru, utnuk mengisi makna kemerdekaaan kali ini marilah kita semua bersatu padu membina persaudaraan sesama kita membina satu ukhuwwah untuk memajukan diri sendiri,masyarakat sekolah dan ummah. bertepatan dengan tema kemerdekaan kali ini "Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan" .Mengambil Ibrah dan Istifadah kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W,bagaimana strategi Baginda menyatukan masyarakat berbilang bangsa dan agama dalam sebuah Negara bernama Madinah,tanpa menzalimi tiap satu yang lain.

Semoga warga SMABT semua menghayati makna kemerdekaan ini....

Merdeka.....Merdeka...........Merdeka.......












Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin
Pengerusi Jawatankuasa Penaja
ALUMNI SMABT

Labels:

.::Perutusan Ramadan Al-Mubarak::.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhana wa Ta’ala, kerana mempertemukan kita kembali dengan bulan Ramadan yang mulia ini buat kesekian kalinya. Allah Taala telah mengurniakan kenikmatan yang amat besar kepadaseluruh hambanya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat di gunakan untuk menolak tipu daya syaitan dan mengecewakan angan-angannya serta mematahkan segala usaha busuk mereka. Amalan yang di maksudkan itu ialah Ibadat puasa. Itulah benteng dan itulah perisai bagi sekalian kekasih Allah.Bulan Ramadan adalah bulan yang cukup bermakna dan berkat bagi kita umat Islam untuk memperbanyakkan amalan dan mengutip pahala-pahala yang dijanjikan oleh Allah Taala seperti mana mafhum hadith :

“Bulan Ramadan adalah bulan yang Allah telah mewajibkan atasmu berpuasa dan aku mensyariatkan bagimu ibadat pada malam harinya. Maka barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dan Beribadat di malam harinya kerana Iman dan mengharap ridha Allah keluarlah ia dri dosa-dosanya sepertimana seorang bayi yang baru keluar dari perut Ibunya”. (H.R Ibnu Majah,Al Baihaqi)

Daripada hadith diatas,dapatlah kita ambil istifadah bahawa dengan memperbanyakkan Ibadah dan zikir menyebut kebesaran Allah sepanjang bulan Ramadan Ikhlas semata-mata keran Allah Taala,maka akan terampunlah dosa-dosa kita. Maka,marilah sama-sama kita rebut peluang yang jarang-jarang hadir dalam kehidupan kita ini.

Ramadan kali ini,semoga kita dapat meningkatkan tingkatan amalan puasa kita. Imam AL-Ghazali dalam kitabnya Ihya Al-Ulumuddin membahagikan tingkatan puasa kepada 3 bahagian. Iaitu puasa orang umum,puasa orang khusus dan puasa orang khususnya khusus Puasa orang umum ialah puasa dengan cara menahan perut dan kemaluan dari kesyahwatan makan,minum,bersetubuh dan lain-lain. Puasa orang Khusus ialah dengan cara sebagaimana diatas ditambah pula dengan menahan pendengaran,penglihatan,lidah,tangan,kaki dan lain-lain anggota dari perbuatan dosa. Dan Puasa orang Khususnya khusus puasa seluruhnya dengan hati yakin ditahan dari segala perhatian dan pemikiran yang rendah iaitu menahan sesuatu dari selain Allah.puasa ini adalah puasa golongan tertinggi seperti para Nabi,Auliya dan Syuhada.

Sebagai pelajar yang silibus pendidikannya berteraskan agama islam sudah menjadi kewajaran puasa kita lebih bermakna dan berbeza tingkatannya dari puasa orang umum iaitu hanya menahan lapar dan dahaga sahaja seperti maksud hadith :

“berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga”(hadith)

Oleh itu,saya mewakili Saf Kepimpinan Jawatan Kuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok mengucapkan Selamat Berpuasa dan marilah kita sama-sama mepertingkatkan amalan puasa kita ke tahap yang lebih tinggi dan menambahkan amal ibadah yang lain seperti solat malam,bersedekah, berzikir dan sebagainya.Dan marilah kita mencari malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan dengan beriktikaf di masjid-masjid dan surau.

Semoga Ramadan kali ini saya dan anda semua dapat menggarap sebanyak mungkin nilai-nilai pahala yang cukup banyak di berikan oleh Allah Taala.Disamping amalan itu berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan malah selama-lamanya .Insyallah.


Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin

Pengerusi
Jawatan Kuasa Penaja
Persatuan Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok

Labels: