.::Perutusan Ramadan Al-Mubarak::.

Sunday, August 30, 2009

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhana wa Ta’ala, kerana mempertemukan kita kembali dengan bulan Ramadan yang mulia ini buat kesekian kalinya. Allah Taala telah mengurniakan kenikmatan yang amat besar kepadaseluruh hambanya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat di gunakan untuk menolak tipu daya syaitan dan mengecewakan angan-angannya serta mematahkan segala usaha busuk mereka. Amalan yang di maksudkan itu ialah Ibadat puasa. Itulah benteng dan itulah perisai bagi sekalian kekasih Allah.Bulan Ramadan adalah bulan yang cukup bermakna dan berkat bagi kita umat Islam untuk memperbanyakkan amalan dan mengutip pahala-pahala yang dijanjikan oleh Allah Taala seperti mana mafhum hadith :

Bulan Ramadan adalah bulan yang Allah telah mewajibkan atasmu berpuasa dan aku mensyariatkan bagimu ibadat pada malam harinya. Maka barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dan Beribadat di malam harinya kerana Iman dan mengharap ridha Allah keluarlah ia dri dosa-dosanya sepertimana seorang bayi yang baru keluar dari perut Ibunya”. (H.R Ibnu Majah,Al Baihaqi)

Daripada hadith diatas,dapatlah kita ambil istifadah bahawa dengan memperbanyakkan Ibadah dan zikir menyebut kebesaran Allah sepanjang bulan Ramadan Ikhlas semata-mata keran Allah Taala,maka akan terampunlah dosa-dosa kita. Maka,marilah sama-sama kita rebut peluang yang jarang-jarang hadir dalam kehidupan kita ini.

Ramadan kali ini,semoga kita dapat meningkatkan tingkatan amalan puasa kita. Imam AL-Ghazali dalam kitabnya Ihya Al-Ulumuddin membahagikan tingkatan puasa kepada 3 bahagian. Iaitu puasa orang umum,puasa orang khusus dan puasa orang khususnya khusus Puasa orang umum ialah puasa dengan cara menahan perut dan kemaluan dari kesyahwatan makan,minum,bersetubuh dan lain-lain. Puasa orang Khusus ialah dengan cara sebagaimana diatas ditambah pula dengan menahan pendengaran,penglihatan,lidah,tangan,kaki dan lain-lain anggota dari perbuatan dosa. Dan Puasa orang Khususnya khusus puasa seluruhnya dengan hati yakin ditahan dari segala perhatian dan pemikiran yang rendah iaitu menahan sesuatu dari selain Allah.puasa ini adalah puasa golongan tertinggi seperti para Nabi,Auliya dan Syuhada.

Sebagai pelajar yang silibus pendidikannya berteraskan agama islam sudah menjadi kewajaran puasa kita lebih bermakna dan berbeza tingkatannya dari puasa orang umum iaitu hanya menahan lapar dan dahaga sahaja seperti maksud hadith :

“berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga”(hadith)

Oleh itu,saya mewakili Saf Kepimpinan Jawatan Kuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok mengucapkan Selamat Berpuasa dan marilah kita sama-sama mepertingkatkan amalan puasa kita ke tahap yang lebih tinggi dan menambahkan amal ibadah yang lain seperti solat malam,bersedekah, berzikir dan sebagainya.Dan marilah kita mencari malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan dengan beriktikaf di masjid-masjid dan surau.

Semoga Ramadan kali ini saya dan anda semua dapat menggarap sebanyak mungkin nilai-nilai pahala yang cukup banyak di berikan oleh Allah Taala.Disamping amalan itu berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan malah selama-lamanya .Insyallah.


Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin

Pengerusi
Jawatan Kuasa Penaja
Persatuan Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok

Labels:

1 comments:

xZai alif kaf Yax said...

Assalammualaikum
tahniah n Syabas Kalian,,,smoga usaha kalian dberkati Allah S.W.T..