MOHON KERJASAMA
Sunday, August 30, 2009ukhuwwah terbina Islam terpelihara
3 comments:
- Anonymous said...
-
salam ramadhan al mubarak...
tahniah di atas penubuhan alumni SMABT ini..
cuma saya cadangkan agar diperluaskan lagi kepada semua batch dan tida terlingkup kepada 2004-2009..
tidaklah nanti ada pihak yang tidak berpuashati terhadap penubuhan alumni ini..memang kami sedia maklum bahawa, tahun 2004-2009 adalah tahun kegemilangan dalam arena akdemik dan pembangunan manakala batch sebelum tidak mengecapi sebarang pembangunan..asrama yang kecil kelas yang padat..oleh itu, saya harap alumni ini dapat bertindak seiring dan sejalan dengan kewujudan batch2 yang lepas..wasalam - August 30, 2009 at 11:32 PM
- ALUMNI SMABT said...
-
SALAM...
dr ROSMIYATI to anonymous
syukran di atas kesudian melayari laman web ini.. salam ramadhan juga diucapkan.
saya rasa terpanggil untuk membetulkan salah faham di sini supaya tidak ada pihak yang tidak berpuas hati.
Untuk makluman penubuhan alumni ini bukan hanya terlingkup kepada batch 2004-2009, akan tetapi ianya bermula dari batch 1956 hinggalah kini, cuma yang ingin dijelaskan disini, setelah berbincang dengan beberapa orang bekas pelajar SMABT dan juga guru-guru di bugisiah, Kami telah mengusulkan untuk menghidupkan kembali/ menyambung ALUMNI yang pernah ditubuhkan satu ketika dulu kepada PENGETUA, setelah mendapat keizinan dari pengetua, kami telah berbincang bagaimana cara untuk mengumpulkan kesemua batch dan siapakah yang ingin/sanggup memulakan kerja-kerja awal dalam penubuhan alumni ini.
setelah berbincang dengan guru-guru,kami telah sepakat untuk memulakan kerja-kerja awal penubuhan ALUMNI ini yang mana organisasi ini telah diberi nama JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI, organisasi ini telah bergiat semenjak mendapat pengesahan penubuhan dari pengetua, sehinggalah mesyuarat agong kali pertama yang akan diadakan pada 26 september nanti. Pada hari itu JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI akan dibubarkan dan mensyuarat agong kali pertama akan berlangsung. Yang mana setelah jawatankuasa tertinggi ALUMNI dipilih merekalah yang akan meneruskan segala urusan berkenaan ALUMNI ini.Jadi kepada semua bekas pelajar dijemput hadir ke majlis penting itu, supaya semasa pemilihan AHLIJAWATANKUASA TERTINGGI ALUMNI SMABT tidaklah dikatakan hanya tertumpu kepada mana-mana batch. Diharapkan maklumat ini dapat membetulkan salah faham yang berlaku.
"UKHUWWAH TERBINA ISLAM TERPELIHARA"
ROSMIYATI BTE HAJI BILLAK
TIMBALAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI SMABT - August 31, 2009 at 2:24 AM
- ahmad said...
-
salam ramadan kareeeeeem
tahniah atas nilai murni antum semua,buatlah yang terbaik untuk madrasah kita
yg benar
Ustaz Abd.halim b Esa - September 7, 2009 at 7:19 PM