.::Menyelusuri Penubuhan ALUMNI SMABT::.

Friday, August 28, 2009

Alhamdulillah Syukur kepada Allah Taala kerana dengan hikmah diberikan nikmat akal dan kekuatan tubuh badan kepada kita dapatlah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok (ALUMNI SMABT ) ditubuhkan secara rasminya pada 3 Julai 2009. Pada Julai lalu maka genaplah 53 tahun penubuhan SMABT. SMABT seperti mana yang kita ketahui sudah lama bertapak dibumi Tampok dan ia juga dikatakan antara sekolah borientasikan pendidikan akademik dan arab terawal di Negeri Johor.Di samping itu,ia telah melahirkan ramai ilmuan dan golongan profesional sama ada di dalam atau di luar Negara. Hampir keseluruhan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini kini ialah bekas yang pelajar terdiri daripada pelbagai latarbelakang ilmu dan usia. Setelah sekian lama berencana, atas inisiatif saya dan beberapa orang Jawatan Kuasa Penaja yang lain seperti Abd Khafiz bin Mohammed Norok,Sdr Abd Hadi bin Mohd Rusdi, Sdri Afani binti Samad dan Sdri Rosmiyati Binti Haji Billak mengusulkan penubuhan ALUMNI SMABT dan Alhmadulillah,ia mendapat reaksi positif dan diterima. Usaha ini juga tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan dari Tuan Pengetua Ust Sulaiman Bin Abdullah, Majlis Guru-guru SMABT,senior-senior,adik-adik dan seluruh sahabat-sahabat bekas pelajar SMABT dari pelbagai lapangan tahun .

Menurut sumber yang saya peroleh,i usaha untuk menubuhkan ALUMNI ini pernah di buat suatu ketika dahulu oleh Al-Fadil Ust Sakijan,namun atas beberapa faktor yang saya kurang pasti, usaha untuk menjayakan penubuhan ALUMNI ini pada waktu itu terhenti di pertengahan jalan. Walaupun saya tidak kenal rapat dengan Al-Fadil Ustaz, namun saya secara peribadi mengagumi usaha beliau. Kerana saya yakin beliau juga mempunyai misi dan visi yang sama seperti kami iaitu untuk melihat warga Bugisiah saling mengenali dan bersaudara tidak kira dari pelbagai latar umur dan profesion. Semoga Allah dapat mempertemukan kami dengan beliau untuk mendapatkan nasihat dan perkongsian pengalaman bak kata pepatah " orang muda kaya dengan semangatnya tetapi orang tua kaya dengan pengalamannya" semoga dengan penggabungan dua elemen ini dapat memantapkan lagi gerak kerja kita insyallah.

Sepanjang 3 Julai ( tarikh rasmi penubuhan Alumni ) hingga sekarang, seperti yang di putuskan dalam mesyuarat kali Pertama pada 3 Julai di Rumah Sdri Rosmiyati binti Haji Billak, Jawatan Kuasa Penaja yang dilantik hanya menumpukan gerak kerja dalaman bagi memastikan perkara-perkara asas selesai seperti penyebaran maklumat,dana dan gerak kerja secara kolektif dapat dilaksanakan. Alhamdulillah strategi ini menampakkan hasil dengan terbinanya blog alumni http://www.alumnismabt.blogspot.com/ yang mula mendapat perhatian dari bekas-bekas pelajar dari seluruh negara. Saya kira penyebaran maklumat berbentuk teknologi massa ini harus di pertingkat lagi seperti facebook,friendster,yahoo group, twitter, flixter dan banyak lagi disamping memanfaatkan sms, surat dan penyampaian lisan kepada yang lain. di harap dengan adanya medium blog ini, ia dapat di manfaatkan oleh semua tidak kira di dalam atau luar negara, saya juga mengalu-alukan kepada semua sekiranya ada komen atau kritikan membina kepada kami untuk menambahbaikan saluran perhubungan kita ini.

Gerak Kerja ALUMNI ini semakin galak dengan berlangsungnya Mesyuarat ALUMNI kali ke-2 di Masjid Jamek Pekan Tampok pada 22 Ogos 2009. Mesyuarat yang di Pengerusikan oleh saya sendiri ini dapat menghimpunkan semua wakil kumpulan sasar bekas pelajar dari tahun 2004 hingga 2008. mereka yang hadir ialah * Batch 2004 : Mohammad Khairullah bin Mohd Zainudin,Abd Khafiz bin Mohammed Norok,Elyas bin Bakri,Mohd Ali Ajwad bin Kamaruddin Mohd Amin Nurhuda Bin Ithnin,Zulkifli bin Mohammad dan Fizree hafiz bin Ehuan. Batch 2005 : Hudairi,Harun Aminnurasyid bin Poniran dan Afani binti Samad. Batch 2006 : Mohd Fareez bin Zool dan Rosmiyati binti Haji Billak. Batch 2007 : Nur Zianah binti Kahar . Batch 2008 : Siti Asma binti Kasmon.

Bersyukur saya panjatkan ke hadrat illahi kerana mereka telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam mesyuarat ini. kehadiran mereka sudah cukup membuktikan bahawa momentum penubuhan ALUMNI ini sangat-sangat di nantikan oleh bekas-bekas pelajar di luar sana. Semoga mereka ini mendapat rahmat dari Allah atas sumbangan mereka ini. Mesyuarat Kali ke-2 ini, perbincangan tampak lebih fokus menjurus kepada pengembangan penyebaran maklumat penubuhan ALUMNI dan Program Tautan Kasih Di Aidilfitri. saya rasa cukup untuk saya nyatakan Resolusi mesyuarat itu secara ringkas kepada semua :

  • Melantik wakil setiap batch dan universiti untuk mengedar surat jemputan dan kadar yuran pendaftaran ALUMNI.
  • Perubahan Tarikh Program Tautan Kasih Di Adilfitri
  • Melantik Jawatan Kuasa kecil Program Tautan Kasih Di Aidilfitiri
  • Memutuskan cara kendalian dana Alumni dan Program Tautan Kasih
  • Meningkatkan Publisiti dan Promosi Alumni dan Program cth Banner..
  • Mesyuarat Persatuan Bekas-Bekas Pelajar SMABT kali Pertama

Ini merupakan sebahagian dari pada resolusi AJK Penaja mesyuarat kali ke-2 kami yang lalu. maklumat penuh akan menyusul dalam minit mesyuarat yang sedang Di siapkan oleh Sdri Rosmiyati. Dengan berakhirnya mesyuarat itu, maka bermulalah gerak kerja kami secara serius dalam mengalas amanah memastikan segala rancangan berjalan lancar. Saya di beri tanggungjawab untuk memantau dan bersama-sama melaksanakan gerak kerja ini agar ia berjaya. Semoga selepas ini kita semua berkerja dalam keadaan gembira dan ikhlaS hati hendaknya dan 5 prinsip Knowing (Taaruf),Perkongsian (Sharing), Ambil Berat ( Caring), Kasih Sayang (Loving ) dan Memaafi ( Forgiving) yang saya asaskan pada diri saya dan semua Jawatankuasa dapat di amalkan untuk memujudkan budaya kerja yang harmoni dan sukses. Insyallah......:-)



* mereka adalah Ahli Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT. Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bekas Pelajar SMABT akan dilantik pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI kali Pertama.



Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin

Pengerusi

Jawatan Kuasa Penaja Alumni

Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok

Labels:

6 comments:

Anonymous said...

sy leh ke join alumni SMABT nie? rasenye sy sorg je wakil dr bumi kenyalang (UNIMAS)kn..utk batch SMABT 2005...

Unknown said...

salam...
saya setahun je(2005) kat SMABT..
mm...boleh gak ke join?

ALUMNI SMABT said...

salam..untuk makluman sesiapa sahaja yang pernah bersekolah di SMABT, tidak kira sehari, sebulan, setahun @ 5 Tahun dia adalah ahli ALUMNIboleh join dan dialu-alukan..harap penjelasan ini menjawab persoalan kepada yang bertanya.

melayu.muslim said...

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan otak yang baik kpd kawan2ku..sebab apa saya kata begitu.. ingat baik2!! jangan nanti orang ingat kita yg bersekolah agama tidak tahu apa2 tentang keduniaan (teknologi).. Kamu telah melakukan yg terbaik untuk kita semua.. jangan kita lupa bahawa dunia adalah jambatan untuk ke akhirat.Lakukan apa saja walupun ianya melaggar adat kita sebagai orang melayu jika ia tetap berlandaskan syariah islam.. melayu tidak ada kemuliaanya jika islam tidak disertai dengan melayu..

melayu.muslim said...

Salam sejahtera ke atas kamu..aku nak tahu sape ALUMNI SMABT..aku nak bg sedikit cadangan..- tolong buat satu rungan forum untuk kita bertukar2 pendapat untuk apa2 saja topik..seperti ekonomi, hartanah, perniagan, agama, situasi semasa, pendidikan, komputer, pelaburan, kerjaya, kerajaan, pengurusan kewangan dan banyak lagi.. aku harap korang pertimbangkan cadangan aku...salam

melayu.muslim said...

salam, kepada ALUMNI SMABT.. aku dah lama tak jumpa korang..apsal korang letak nama jerk pada pada penaja alumni..nam mungkin ingat..tapi muka korang aku dah lupa..aku ni pelupa sikit...tolong letak gambar korang yg encem2 dan cun2 tu..k, tolog balas..