.::Penjelasan Keadaan Sebenar::.

Monday, August 31, 2009

Assalammualaikum....

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Illahi atas limpah kurnia dan Inayah-Nya,hampir 2 bulan penubuhan ALUMNI SMABT dan Blog ini,berbagai-bagai pandangan,komentar,teguran,maklum balas dan krtikan membina telah di berikan kepada kami.,setakat ini kami tidak mudah melatah dan berbesar hati menerima pandangan semua.Insyallah,semoga dengan teguran anda itu semua dapatlah kami menambahbaikkan gerak kerja pemerkasaan Agenda ALUMNI seperti mana yang diharapkan semua pihak.

Kami bagi pihak Jawatankuasa Penaja ingin memberi penjelasan kepada semua bahawa Jawatankuasa Penaja yang dilantik ketika ini bukanlah hanya tertumpu pada satu-satu batch sahaja seperti yang di fahami ,bahkan Jawatankuasa Penaja kini terdiri daripada bekas pelajar Batch 2004 hingga 2008.

Atas nasihat ustaz,ustazah dan senior-senior SMABT.Faktor utama Jawatankuasa ini di lantik adalah untuk menjalankan gerak kerja dasar atau awal yang bagi kami semua pihak maklum adalah tugas yang amat sukar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Tugasan menyiapkan Kertas Konsep ALUMNI,Draf Perlembagaan ALUMNI,mengkoreksi kembali pengkalan data bekas-bekas pelajar dari tahun 1956 hingga 2008,komitmen mesyuarat,dana tajaan,bertemu pihak berautoriti dan banyak lagi sememangnya memerlukan gerak kerja yang tersusun dan fokus. Tidaklah kami menafikan kebolehan senior-senior,namun kami mempertimbangkan keadaan senior-senior yang sudah mempunyai kerjaya bahkan berkeluarga sentiasa sibuk dengan tanggung jawab mereka. Sementelaah kami adik-adik kebanyakannya masih belajar,mempunyai masa yang lebih disamping kami ingin menyumbang bakti membantu penubuhan ALUMNI SMABT yang cukup bermakna ini. Cuba kita bayangkan,setelah separuh abad sekolah kita ditubuhkan belum ada ALUMNI lg,ini memberikan kesan kepada kita semua kerana masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain padahal mereka datang dari asal pendidikan yang sama.

Kami selaku Jawatankuasa Penaja ALUMNI SMABT,memohon maaf kepada senior-senior semua jikalau tindakan kami ini melampaui batas pemikiran anda semua. Tiada ruang di hati kami ini untuk membelangkangkan sesiapa pun,sekiranya ada,maafkanlah kami, "kami adik-adik baru belajar,kalau salah tolong betulkan ". Insyallah...selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI nanti, kita akan melantik Jawatankuasa Rasmi ALUMNI SMABT. Redhailah dan dokanlah kejayaan Penubuhan ALUMNI SMABT ini untuk kebaikan kita semua dan yang paling penting kepada umat islam.

Labels:

2 comments:

Anonymous said...

ukhuwwah terbina Islam terpelihara :)

Anonymous said...

chayok2...jangan putus asa kepada semua ajk penaja