.:ALUMNI SMABT Di Tubuh Secara Rasminya :.

Thursday, July 16, 2009

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Sekolah Minengah Agama Arab Bugisiah Tampok (ALUMNI SMABT)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kedatangan anda ke blog ini amat dialu-alukan. Ini merupakan laman blog kami yang pertama kalinya disiarkan untuk tatapan dan sumber maklumat mengenai penubuhan dan aktiviti ALUMNI SMABT kami.

Segala cadangan, komen dan pandangan yang bernas bolehlah anda kemukakan kepada kami untuk memperbaiki mutu dan tingkat upaya BLOG ini.
Sekian, terima kasih.

Pengendali Blog.

INFO RINGKAS

Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok telah di tubuhkan secara rasmi pada 20 Jun 2009.Alumni Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah Tampok merupakan sebuah organisasi yang dirancang penubuhannya sebagai satu wadah kepada pelajar lepasan SMABT untuk memastikan ikatan silaturrahim diantara bekas pelajar terus terjalin. Ianya merupakan satu inisiatif yang terbaik memandangkan mereka mempuyai hala tuju masing-masing selepas tamat persekolahan. Melalui Alumni SMABT ini, ia bakal menjadi satu perantaraan demi mengekalkan hubungan antara ahli. Di samping itu alumni ini akan diletakkan dibawah pemantauan terus oleh pihak sekolah dan tujuan ia ditubuhkan adalah bagi menggabungkan kepimpinan dan pelajar – pelajar yang telah tamat belajar di SMABT supaya segala penyelarasan dari segi maklumat pelajar dan lain – lain dapat diselaraskan bagi merapatkan kembali jurang ukhuwwah masing – masing.

OBJEKTIF__________________________________________

Antara objektif yang hendak dicapai dalam gabungan ini ialah :-
• Menjadi pusat pengumpulan data pelajar – pelajar yang telah tamat belajar.
• Sebagai medan pengkongsian maklumat dan menjana pengkongsian pintar.
• Mewujudkan hubungan diantara universiti – universiti tempatan dan antarabangasa dengan pihak sekolah.
• Menanamkan semangat dan kesedaran kepada ahli untuk menyumbang dan melaksanakan tanggunjawab sosial kepada masyarakat.




SASARAN_______________________________

Semua lulusan dari SMABT

MISI_____________________________________

Untuk berkhidmat dan membina hubungan seumur hidup dengan Alumni
dan ahli-ahlinya.

VISI______________________________________

Mengadakan program atau aktiviti berbentuk pemantapan ukhwah antara ahli.

IMPLIKASI_____________________________

InsyaAllah melalui penubuhan alumni ini dapat melahirkan generasi yang
mementingkan ukhuwwah disamping mempunyai daya intelektual yang
mantap dan berkualiti. Selain itu, ia dapat membuka peluang kepada
ahli untuk menbur jasa kepada sekolah.

CADANGAN PROGRAM__________________________________

• Mesyuarat agung tahunan bagi membentang dan membincangkan masalah.
• Rehlah mahabbah.
• Program motivasi atau mengadakan kelas tuisyen.
• Ziarah ukhuwwah
• Hari keluarga.
• Sukan.


KESIMPULAN____________________________________

Tuntasnya, melalui organisasi yang tersusun dan perancangan yang rapi ini, segala objektif yang ditetapkan InsyaAllah akan dapat dicapai dengan jayanya. Namun begitu, ianya hanyalah menjadi satu impian yang tidak berpijak di bumi yang nyata sekiranya tidak mendapat kebenaran dan sokongan dari pihak sekolah. Semoga harapan dan cita-cita yang murni ini akan tercapai.

Labels:

0 comments: