IMBAS KEMBALI DAN YANG TERKINI

Thursday, July 30, 2009




ASSALAMUALAIKUM

Kepada pembaca terlebih dahulu kami ingin memohon kemaafan kerana agak lama juga blog ini tidak diceriakan :)

Kepada sidang pembaca khususnya sahabat-sahabat keluaran SEK.MEN.AGAMA BUGISIAH TAMPOK, marilah kita sama-sama mengikuti perkembangan sekolah kita dahulu.Walaupun kita bukan lagi pelajar sekolah BUGISIAH, tidak bermakna kita tak boleh "ambil cakne" tentang sekolah kita dulu, betul tak? janganlah kita tak ambil tahu tentang perjalanan sekolah kita, apa jua yang berlaku, di mana pun kita berada, dengan kejayaan apapun yang kita miliki janganlah sekali-kali kita lupa asal usul kita. Adakah pembaca bersetuju dengan kata-kata ini?? jika tak setuju kami sedia menerima komen dari kalian :) kerana tak semua orang sama pendapatnya, betul tak ? Bila kita imbas kembali, di bugisiahlah kita menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru dan ustazah-ustazah yang berpelajaran dan berpendidikan, dan dari sekolah jugalah kita menjadi diri kita yang sekarang pada hari ini.
bekas lajnah pendidikan 2004
bekas ketua pengawas 04 bersama sahabatnya yang menjalankan program bersama penduduk kampung di Bagan rengit

Dari hasil pemerhatian, kebanyakan pelajar keluaran BUGISIAH kini telah menjadi mahasiswa di IPTA dan IPTS dan ada juga yang telah menjadi graduan. Dari sumber yang diperolehi juga pelajar keluaran BUGISIAH juga ada yang telah dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti MESIR. Ada jua yang telah berkhidmat dalam sektor pekerjaan seperti di Jabatan agama, dan ada juga yang berkhidmat sebagai guru di sekolah BUGISIAH tercinta.

Sidang pembaca, antara maklumat terkini yang kami perolehi dari AJK PENAJA yang kini berkhidmat sementara sebagai guru di sekolah sebelum melanjutkan pelajaran ke MESIR adalah seperti berikut :
Pada 24-26 julai 09 yang lalu, adik-adik kita yang kini berada di BUGISIAH, pelajar tingkatan tiga dan lima baru sahaja mengikuti kem teknik menjawab soalan di KEM KAIZEN. Pada malam ini pula, 30 julai 2009,program solat hajat untuk pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM akan dijalankan.. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan adik-adik kita di sana. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan.

SEKIAN dari
Pengendali blog

senyum sokmo :)

Labels:

0 comments: