MOHON KERJASAMA

Sunday, August 30, 2009

Assalamualaikum...

Perhatian kepada setiap wakil IPTA/IPTS yang telah dilantik pada mesyuarat kali ke-2 iaitu :


USIM : MD HUDHAIRI B HJ ABD KAREEM

ELYAS BIN BAKRI

UIA : MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDDIN

UKM : NORAFANI BT ABD. SAMAD

UDM : ROSMIYATI BT HJ BILLAK

UUM : ADIBAH BTE SAZALI

UTM : RASYIDAH BTE ALIYANTO

UM : ADHA BIN ESA

UNIMAS : UMMU HANISAH

KUIS : NORAFNI BTE ABBAS

MESIR : ZULKEFLI BIN MOHAMAD

MARSAH : FATIMAHWATI MTE MOHD KHAIRI

KUIN : HAFIZ HAMDAN

HAZWATI BTE CHENING

DQ : NUR ZIANAH BT. ABD KAHHAR

MJ : NURUL ASMAA BT HJ KASMON


sila semak email anda kerana terdapat surat-surat penting yang telah dihantar ke email anda untuk diberikan kepada semua bekas pelajar yang berada di IPTA/IPTS anda.

Sila hantarkan senarai nama bekas pelajar yang berada di IPTA/IPTS anda kepada saudara ABDUL KHAFIZ BIN MOHAMED NOROK, email : kipss_smart@yahoo.com dengan segera. Ini adalah untuk memudahkan kerja penghantaran surat maklumam pertubuhan, surat pengesahan, borang keahlian, surat jemputan majlis TAUTAN KASIH AIDILFITRI beserta tentatif kepada bekas pelajar yang bukan merupakan pelajar di IPTA/IPTS anda.


ukhuwwah terbina Islam terpelihara

Labels:

3 comments:

Anonymous said...

salam ramadhan al mubarak...
tahniah di atas penubuhan alumni SMABT ini..
cuma saya cadangkan agar diperluaskan lagi kepada semua batch dan tida terlingkup kepada 2004-2009..
tidaklah nanti ada pihak yang tidak berpuashati terhadap penubuhan alumni ini..memang kami sedia maklum bahawa, tahun 2004-2009 adalah tahun kegemilangan dalam arena akdemik dan pembangunan manakala batch sebelum tidak mengecapi sebarang pembangunan..asrama yang kecil kelas yang padat..oleh itu, saya harap alumni ini dapat bertindak seiring dan sejalan dengan kewujudan batch2 yang lepas..wasalam

ALUMNI SMABT said...

SALAM...
dr ROSMIYATI to anonymous

syukran di atas kesudian melayari laman web ini.. salam ramadhan juga diucapkan.

saya rasa terpanggil untuk membetulkan salah faham di sini supaya tidak ada pihak yang tidak berpuas hati.

Untuk makluman penubuhan alumni ini bukan hanya terlingkup kepada batch 2004-2009, akan tetapi ianya bermula dari batch 1956 hinggalah kini, cuma yang ingin dijelaskan disini, setelah berbincang dengan beberapa orang bekas pelajar SMABT dan juga guru-guru di bugisiah, Kami telah mengusulkan untuk menghidupkan kembali/ menyambung ALUMNI yang pernah ditubuhkan satu ketika dulu kepada PENGETUA, setelah mendapat keizinan dari pengetua, kami telah berbincang bagaimana cara untuk mengumpulkan kesemua batch dan siapakah yang ingin/sanggup memulakan kerja-kerja awal dalam penubuhan alumni ini.
setelah berbincang dengan guru-guru,kami telah sepakat untuk memulakan kerja-kerja awal penubuhan ALUMNI ini yang mana organisasi ini telah diberi nama JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI, organisasi ini telah bergiat semenjak mendapat pengesahan penubuhan dari pengetua, sehinggalah mesyuarat agong kali pertama yang akan diadakan pada 26 september nanti. Pada hari itu JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI akan dibubarkan dan mensyuarat agong kali pertama akan berlangsung. Yang mana setelah jawatankuasa tertinggi ALUMNI dipilih merekalah yang akan meneruskan segala urusan berkenaan ALUMNI ini.Jadi kepada semua bekas pelajar dijemput hadir ke majlis penting itu, supaya semasa pemilihan AHLIJAWATANKUASA TERTINGGI ALUMNI SMABT tidaklah dikatakan hanya tertumpu kepada mana-mana batch. Diharapkan maklumat ini dapat membetulkan salah faham yang berlaku.

"UKHUWWAH TERBINA ISLAM TERPELIHARA"

ROSMIYATI BTE HAJI BILLAK
TIMBALAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI SMABT

ahmad said...

salam ramadan kareeeeeem
tahniah atas nilai murni antum semua,buatlah yang terbaik untuk madrasah kita
yg benar
Ustaz Abd.halim b Esa